Anwar Ibrahim Buat Sidang Media Selepas Dia Mengadap YDP Agong. Ini Apa Yang Berlaku Ketika Sidang Media

Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim enggan mengulas sebarang komen sebaik sahaja meninggalkan Istana Negara kira-kira pukul 11.30 pagi tadi.

Anwar yang juga Pengerusi Pakatan Harapan bagaimanapun dikatakan akan membuat pengumuman penting dalam sidang akhbar khas pukul 2 petang nanti.

Pada 23 September lalu, Anwar dalam satu sidang akhbar mendakwa mendapat sokongan ‘kukuh dan meyakinkan’ daripada kalangan ahli Parlimen untuk mengambil alih tampuk pemerintahan negara.

Beliau juga telah mendapat perkenan untuk menghadap Yang di-Pertuan Agong tetapi ditangguhkan berikutan Seri Paduka mendapat rawatan di Institut Jantung Negara.

Malaysia police to summon Anwar over list of backers of PM bid - CNA

SIDANG MEDIA ANWAR IBRAHIM

Pada pukul 2 petang Dato Seri Anwar Ibrahim telah buat satu sidang media selepas beliau selesai mengadap Yang Dipertuan Agong.

Sebelum ini kecoh di media sosial dimana Anwar Ibrahim akan dinaikkan menjadi Perdana Menteri.

Dato Seri Anwar Ibrahim menjawab persoalan rakyat samada dia akan jadi PM menggantikan Tan Sri Muhyiddin Yassin atau tidak. Menurut beliau perjumpaan beliau dengan YDP Agong adalah untuk menyerahkan dokumen yang menunjukkan beliau disokong untuk dinaikkan sebagai PM.

Dato Seri Anwar Ibrahim juga YDP Agong akan meneliti segala fakta dan dokumen sebelum membuat apa apa keputusan.

Beliau memberitahu ketika sidang media bahawa YDP Agong akan berbincang dengan semua ketua parti.

Sidang media Anwar Ibrahim tamat pada 2.24pm selepas beliau menjawab beberapa soalan daripada pihak wartawan.

RAKAMAN SIDANG MEDIA

Sumber : HMETRO ONLINE / UTUSAN ONLINE

Edited By: AwattSyeikhhh Network

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Be the first to comment on "Anwar Ibrahim Buat Sidang Media Selepas Dia Mengadap YDP Agong. Ini Apa Yang Berlaku Ketika Sidang Media"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*