Aeril Zafrel Jelaskan Dari Mana Dia Dapat Kereta Mahal Warna Merah. Dia Minta Jangan Beritahu SPRM

Aktor kacak Aeril Zafrel mencuri perhatian wargamaya apabila tampil bergambar dengan sebuah kereta mewah berwarna merah.

Menerusi laman sosial Instagram, Aeril memuat naik foto dengan kereta mewah bernombor plat JAL9 tersebut untuk tatapan umum.

“Daniel #terciptasatuikatan. Ni kereta pinjam je tau, jangan tag SPRM. Kau la siapa lagi,” tulis Aeril menerusi ruangan kapsyen.

Difahamkan Aeril kini sedang menjalani sebuah penggambaran sebuah drama bersama pelakon Hannah Delisha untuk saluran Astro MegaDrama.

Di ruangan komen, ramai yang terhibur melihat foto Aeril tersebut serta kapsyen yang ditulisnya.

“Haa tahu pun takut,” usik seorang wargamaya.

“Ala baru nak tag, dah kena warning,” kata seorang wargamaya.

“Kalau kereta sendiri pun apa salahnya kalau rezeki halal,” komen seorang wargamaya.

“Sedas padu dia punya kapsyen,” tulis seorang wargamaya.

“Dah pinjam pulangkan, jangan buat harta pulak,” ujar seorang wargamaya lagi.

Beberapa hari yang lalu, kereta mewah jenis Ford Mustang milik Aeril dan isterinya pelakon Wawa Zainal telah meraih tumpuan ramai.

Hal ini berikutan pihak SPRM telah menyita 24 kereta mewah di mana salah satunya didakwa milik seorang selebriti popular yang berkait rapat dengan siasatan terhadap kes pengubahan wang haram dan sindiket Macau Scam.

Sumber : GEMPAK

Be the first to comment on "Aeril Zafrel Jelaskan Dari Mana Dia Dapat Kereta Mahal Warna Merah. Dia Minta Jangan Beritahu SPRM"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*