Tengah Rasmi Cawangan Terbaru Bubblebee Tiba Tiba Lelaki Berpakaian Badut Ini Datang Jumpa Shuib. Apa Yang Terjadi Waktu Itu Memang Tak Disangka

PELAWAK dan penyampai radio, Shuib terus menjadi perbualan hangat netizen selepas dia dipanggil Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi membantu siasatan kes penggubahan wang haram, baru-baru ini.

Meskipun menerima pelbagai komen negatif berhubung isu ini, Shuib berkata dia masih mampu bersabar dan percaya kebenaran akan terbukti kelak.

“Alhamdulillah banyak yang kutuk, hina, maki… tak apalah, Allah ada!

“Bersabar ya sayang (Siti Sarah)… insyaAllah semuanya akan okay nanti,” katanya menerusi Instagram.

Bersama kapsyen tersebut dia turut memuat naik foto kenangan bersama isterinya ketika mengerjakan ibadah umrah di Tanah Suci Makkah.

Badut Bisu Datang Jumpa Shuib

Hari ini (Isnin) adalah hari pembukaan cawangan terbaru Bubblebee di Meru, Ipoh. Seperti biasa ramai yang beratur untuk berpeluang merasai air minuman viral.

Shuib seperti biasa juga memberi 100 minuman percuma kepada 100 orang yang terawal.

Ketika Shuib berada disana tiba tiba datang seorang lelaki berpakaian badut jumpa Shuib.

Masa sy ke Outlet baru Bubblebee di Mydin Meru Ipoh tghari td,ada seorang abang Badut ni beria ria kejar dan nak jumpa sy.Bila jumpa dia bgtau yg dia pekak dan bisu.Walaupon sy tak berapa faham apa yg beliau cuba maksud dan smpikan,tp ianya sgt menyentuh hati sy.Beliau seolah2 faham dengan apa yg sedang berlaku …Sesungguhnya tiada daya upaya hanya dgn pertolongan Allah swt.Semoga abang badut sentiasa dimurahkan rezeki dan dipermudahkan segala urusan dunia dan akhirat.Amin

Shuib memang pada mulanya tidak faham tetapi dia seakan akan mengerti apa yang lelaki berpakaian badut itu cuba sampaikan.

Komen Netizen

Ada netizen yang seolah olah faham apa lelaki itu cuba beritahu Shuib sebenarnya.

Pada 1 Oktober lalu, Shuib ditemani Siti Sarah hadir ke pejabat SPRM, Putrajaya berhubung siasatan kes pengubahan wang haram membabitkan perniagaan air yang dijalankan mereka.

Pengurus pasangan ini, Nana Mohamad Rom memberitahu Sarah hadir hanya untuk menemani suaminya dan tidak terlibat dalam siasatan tersebut.

Artikel By: AwattSyeikhhh Network

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

 

Be the first to comment on "Tengah Rasmi Cawangan Terbaru Bubblebee Tiba Tiba Lelaki Berpakaian Badut Ini Datang Jumpa Shuib. Apa Yang Terjadi Waktu Itu Memang Tak Disangka"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*