Zain Ruffedge Rupanya Dalam Kostum Musang King. Remy Ishak Paling Terkejut Sekali Antara Semua Juri Dan Ini Sebabnya

Penyanyi dan pelakon Zain Hamid yang juga merupakan ahli kumpulan Ruffedge menyatakan Remy Ishak antara individu yang terkejut selepas mengetahui identitinya di penghujung program The Masked Singer Malaysia.

Kata Zain, 41, dia dan Remy baru menjalani penggambaran bersama pada hari tersebut.

“Dalam sembilan orang juri tu takda seorang pun dapat teka sampai la saya tersingkir.

“Memang muka juri terkejut dan speechless masa saya buka topeng. Terutamanya Remy sebab saya ada shooting dengan dia.

“Dia macam ‘eh baru ja shooting sama-sama pagi tadi.’ Tu yang dia terkejut beruk,” katanya sambil ketawa.

The Masked Singer Malaysia: Zain Hamid Berjaya Sorok Identiti Sampai Tersingkir,

Dalam pada itu, pelakon drama Keluarga Iskandar ini berkata ada kenalan rapat yang dapat mengecam suaranya.

“Saya ada baca komen-komen penonton di media sosial dan ada juga yang tagged nama saya. Tetapi tak ramai yang dapat teka dengan betul.

“Kebanyakannya rata-rata cakap suara saya adalah milik Black.

“Namun ada salah seorang kawan saya ini teka Musang King itu adalah saya. Saya nafikan sebab tak boleh dedahkan.

“Selepas dia tengok rancangan ini, dia tau la yang selama ini tekaan dia betul,” katanya lagi.

Minggu keempat menyaksikan Rajah Brooke mengungguli di tempat pertama dengan dendangan lagu Sumpah nyanyian asal Aina Abdul.

Sementara itu Musang King pula terpaksa akur tersingkir apabila berada di kedudukan paling bawah dengan nyanyian lagu Situasi dendangan asal kumpulan Bunkface.

Datuk Aznil Haji Nawawi, Michael Ang, Raja Azura, Zizan Razak, Ella Aminuddin, Remy Ishak, Nabila Huda, Ramona Zam Zam dan Angah Raja Lawak memainkan peranan sebagai juri tetap.

Di samping itu, Datuk AC Mizal yang merupakan pengacara tersohor menggalas tugas sebagai hos.

Program The Masked Singer Malaysia dimeriahkan lagi dengan siri Live+ yang akan dihoskan oleh Izzue Islam dan Elly Ariffin.

The Masked Singer Malaysia yang dibawakan oleh SK magic dan Oppo selaku penaja utama itu bersiaran menerusi saluran Astro Warna (CH127) dan Warna HD (CH107) iaitu pada setiap Jumaat, jam 9 malam.

Program ini juga boleh distrim secara eksklusif melalui aplikasi Astro GO dan kemudahan on demand untuk pilihan yang lebih fleksibel.

Sumber : GEMPAK

Be the first to comment on "Zain Ruffedge Rupanya Dalam Kostum Musang King. Remy Ishak Paling Terkejut Sekali Antara Semua Juri Dan Ini Sebabnya"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*