Pejabat Agama Kena ‘Serbu’ Malam Tadi Dengan Bakal Pengantin. Semua Nak Bernikah Malam Tadi

Semua sedia maklum, mulai 9 Oktober 2020, Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) telah dilaksanakan di Mukim Klang. Segala aktiviti harian adalah dihadkan bagi mengawal wabak Covid-19 dari terus merebak di kawasan tersebut susulan beberapa kes yang meningkat di daerah itu.

Namun apa yang menarik perhatian ramai adalah apabila Pejabat Agama Klang dipenuhi ramai pasangan yang ingin menikah sebelum PKPB dilaksanakan tengah malam semalam.

118 pasangan menikah

Menerusi perkongsian Sheikh Ameer, Pejabat Agama Daerah Klang dipenuhi ramai pasangan sejak dari pagi hingga ke tengah malam. Di ruangan komen, seorang lelaki memaklumkan pejabat agama berkenaan menerima kunjungan pengantin sehingga 118 pasangan dalam masa sehari. Ini merupakan rekod terbanyak dalam sejarah.

Arahan pejabat agama

Menurut jurufoto tersebut, Pejabat Agama Daerah Klang mengarahkan pasangan yang sudah daftar nikah pada bulan Oktober melangsungkan pernikahan sebelum PKPB bermula hari ini.  Walaubagaimanapun, mereka tetap mengikut SOP ditetapkan iaitu hanya membenarkan seramai 5 orang sahaja dalam satu masa.

Pejabat agama pun jem

Sumber : Sheikh Ameer Haziq via Oh Bulan

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Be the first to comment on "Pejabat Agama Kena ‘Serbu’ Malam Tadi Dengan Bakal Pengantin. Semua Nak Bernikah Malam Tadi"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*