Tengah Seronok Dia Buat Demostrasi Di Indonesia Tiba Tiba Mak Lelaki Ini Muncul

Di kala orang ramai berpusu-pusu melakukan demonstrasi di jalanan di Indonesia, seorang remaja menarik perhatian orang ramai apabila tular videonya diajak pulang oleh ibunya.

Dalam video dikongsikan sebuah akaun di TikTok, remaja berkenaan didatangi wanita berbaju merah yang mengajaknya pulang.

Kedengaran para peserta lain mentertawakan remaja berkenaan yang terpaksa akur pergi dari situ.

“Tu mama kau cari tu,” kedengaran jeritan salah seorang peserta.

“Untuk kalian yang ingin sertai demonstrasi, minta izin dulu ibu kalian. Biar tak jadi begini.”

Beberapa hari kebelakangan ini, ramai penduduk Indonesia dilaporkan turun ke jalanan bagi membantah undang-undang buruh yang baru.

Adengan Lucu Dalam Video Dibawah

Sejak diluluskan Isnin lalu, Undang-undang Omnibus Law Cipta Kerja telah menerima kecaman orang ramai termasuk golongan mahasiswa dan Persatuan Buruh Indonesia.

Antara isu yang dibangkitkan ialah pengurangan cuti tahunan, potongan kos pampasan terhadap pekerja yang diberhentikan dan pembatalan peraturan gaji minima.

Sumber : Siakap Keli

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Be the first to comment on "Tengah Seronok Dia Buat Demostrasi Di Indonesia Tiba Tiba Mak Lelaki Ini Muncul"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*