Terkejut Pelanggan Ini Jumpa Cicak Dalam Makanan Tapi Yang Paling Sedih Bila Dia Panggil Pekerja Restoren Itu Dapat Respond Begini

Memang sudah menjadi lumrah, menyediakan makanan yang bersih serta memastikan persekitaran kedai selesa merupakan tanggungajawab yang perlu dititikberatkan oleh setiap individu terutamanya pemilik kedai makan itu sendiri.

Tetapi kali ini lain pula ceritanya apabila seorang pengguna Facebook yang dikenali dengan nama Adila Razak berkongsi pengalaman ‘buruk’ apabila terdapat seekor cicak dalam hidangan yang sedang dinikmatinya

Ada cicak dalam makanan

Sorry lah aku memang sakit hati. Nak share betapa tak ada adabnye sek mu sebagai penjual, pekerja atau tokey kedai. Rasa nak membebel tak kira! Aku dah panggil elok-elok senyap-senyap je bagitau yang ade cicok dalam makanan. Boleh mung semua buat bodoh je?

Pakat buat busy, buat tak nampok je dekat meja kami. Tak ada sepatoh perkataan MAAF keluar dari mulut mereka semua tu. Baik dari pekerja? Tukang masok? Cashier? Tokey? Tak ada weh!! Diam tak tahu benda.

Mok aku dah barai muntoh kat belakang kedai mase tu. Apa perasaan bila tengah sedap meratah kerang ketam kupang lala bagai tiba-tiba terpegang CICOK? CICOK TU! Bukan makanan kite tuh! Macam korang tengok dalam gambar tu mende alah tu dah tak cukup sifat kot.

Entah kitorang dah telan ke hape ekor tangan beliau! Memang biadap aku rasa. Kitorang paham je mungkin tersalah, tak sedar ke hape ade cicak masa masak. Kitorang boleh terima. Tapi yang buat kitorang nak marah, rasa bengang sebab diorang pakat buat bodoh.

‘So unprofessional’

Tak profesional langsung. At least datang laa cakap tak sengaja ke, tak perasan ke. Ni dok, 4 kali aboh aku panggil cara baik, tak adanya kitorang tepuk meja ke menjerit ke!

Tak ada eyh. Cakap elok-elok je pon. Kitorang sedar yang masa tu ramai customer, so try slow talk sebab takmo malukan kedai mung tapi nampok awok mung buat tak reti bhase sangat then hadaplah!

Kali ke 4 aboh aku panggil lagi sekali “Dik, dah gane ni? Guane kire?” Ade sorang pekerja perempuan ni pusing lepas tu buat pusing-pusing tangan dia dari jauh sign tak perlu bayar. Tu je? Kira baik ar ni aku tak share name kedai mung tau. Pliss ar aku tak batak nk makan free!

Agak femes kedai tu. Siapa kenal tu tahu-tahu lah! Aku adalah pelanggan yang agak selalu datang makan sini tau! Lepas ni tobat aku dop mari dohh. Takkan. So unprofessional sek mung! Dok juruh.

Tolong ar kalau berniaga tu kena ade juga adab dengan pelanggan kalau berlaku kes gini. Berkomunikasilah bukan buat tak tahu. Sekian. Dari kemaman balik ke paka asyik berhenti je tepi jalan sebab kembang tekak dan muntah.

Sumber: Adila Razak via Oh Bulan

Be the first to comment on "Terkejut Pelanggan Ini Jumpa Cicak Dalam Makanan Tapi Yang Paling Sedih Bila Dia Panggil Pekerja Restoren Itu Dapat Respond Begini"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*