Nabil Buat Swab Test Secara Tiba Tiba. Rupanya Ini Sebab Kenapa

Menerusi Instagram pengacara dan pelawak terkenal tanah air, Nabil Ahmad, berkongsi video dirinya sedang melakukan ujian swab di rumahnya.

Dia bertindak melakukan ujian tersebut kerana pernah mempunyai sejarah kunjungan ke sebuah pusat membeli belah di Petaling Jaya, yang mencatatkan kes positif Cov-19.

Lakukan ujian swab

Menerusi video tersebut menunjukkan seorang petugas kesihatan lengkap berpakaian sut peralatan perlindungan diri (PPE) sedang melakukan ujian swab terhadapnya.

Video itu juga memaparkan reaksi wajah Nabil yang menahan sakit dan batuk apabila peralatan yang digunakan itu dimasukkan ke dalam lubang hidungnya.

Nabil bertindak memanggil petugas kesihatan swasta untuk melakukan ujian swab sejurus menerima notis dari pusat beli-belah yang mencatatkan kes positif Cov19.

Kini, dia sedang menjalani kuarantin kendiri di rumahnya sendiri.

Seluruh ahli keluarga

Foto: Nabilzira

Jelas Nabil bukan dia sahaja yang melakukan ujian swab itu, malahan ahli keluarga dan orang gajinya turut menjalani ujian tersebut sebagai langkah berjaga-jaga.

Buat masa sekarang, Nabil dan keluarganya berada dalam keadaan yang sihat dan tidak mempunyai sebarang gejala positif.

Keputusan ujian swab tersebut akan diterima dalam masa yang terdekat dan dia juga meminta semua masyarakat untuk mendoakan buat keluarganya supaya selamat daripada anca-man wabak tersebut.

Mesti sakit kan

Sumber: Nabilzira & Astro Awani via Oh Bulan

Terbaik Nabil, Better Safe Than Sorry ..

Be the first to comment on "Nabil Buat Swab Test Secara Tiba Tiba. Rupanya Ini Sebab Kenapa"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*