Adakah Muizz Masih Sayang Nadia Brian Walaupun Telah Curang Dengan 2 Lelaki. Ini Jawapan Muizz

Kisah kecurangan pelakon Nadia Brian telah didedahkan satu persatu oleh suaminya, Muizz Nasruddin sejak beberapa minggu lalu.

Malah hari ini, Rabu, Muizz tanpa segan mengaku Nadia bermain kayu tiga dengan dua orang lelaki.

Muizz yang dihubungi Astro Gempak untuk mengulas lanjut mengenai isu tersebut berkata dia masih sayangkan isterinya.

“Tipulah kalau saya tak sayang isteri saya tetapi apa pilihan yang saya ada”

“Tipulah Kalau Saya Tak Sayang Tapi…”- Dakwa Nadia Brian Main Kayu 3, Muizz Tiada Niat Buka Aib

“Lagipun, siapa yang mahu berkahwin dan mengharapkan terjadi hal sebaliknya. Saya reda dengan ketentuannya. Allah maha mengetahui,” katanya dalam kiriman WhatsApp kepada Gempak pada Rabu.

Pun begitu, Muizz memberitahu dia tidak berniat untuk membuka aib sesiapa apabila mengaku Nadia punya hubungan dengan lelaki lain, sebaliknya lelaki itu mengatakan hanya mahu menegakkan kebenaran.

“Bukan niat saya untuk membuka aib sesiapa. Mereka di luar boleh anggap apa apa sahaja kerana yang melaluinya hanya kami.

“Jika dia boleh bertindak jauh sebegini dan tidak menghormati saya serta keluarga, kebenaran perlu ditegakkan.

“Malah lebih teruk saya dapat tahu dari orang luar, apa yang berlaku membabitkan rumah tangga kami ini kerana silap saya tidak mampu menyediakan yang terbaik untuknya,” luahnya lagi.

Berbeza dengan Muizz, Nadia yang menjadi isterinya sejak 9 November tahun lalu selepas dua tahun berkenalan memilih untuk tidak mengulas panjang.

Sumber : Gempak

Be the first to comment on "Adakah Muizz Masih Sayang Nadia Brian Walaupun Telah Curang Dengan 2 Lelaki. Ini Jawapan Muizz"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*