Warga Emas Ini ‘Kantoi’ Walaupun Cuba Sorok Gelang Pink. Ini Kenyataan Dari KPD Petaling Jaya

Petaling Jaya: Lelaki warga emas yang memakai gelang merah jambu ditahan polis kerana melanggar syarat kuarantin Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) Covid-19 di Damansara Damai, semalam.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Nik Ezanee Mohd Faisal berkata, polis menerima maklumat daripada orang awam yang melihat seorang lelaki memakai gelang Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Menurutnya, lelaki itu berlegar di kawasan premis perniagaan dan cuba melindungi gelang dipakai menggunakan lilitan kain putih.

“Anggota segera ke lokasi dimaklumkan dan menahan lelaki berusia 63 tahun terbabit.

“Semakan mendapati lelaki itu baru pulang dari Sabah dan keputusan ujian saringan Covid-19 negatif.

“Namun, dia diarahkan menjalani kuarantin di rumah bermula 28 September hingga 11 Oktober,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Nik Ezanee berkata, polis akan membuat permohonan reman terhadap lelaki itu di Kompleks Mahkamah Petaling Jaya, esok.

Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 15(1) Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988.

Beliau memberi amaran kepada individu dikenakan perintah kuarantin agar mematuhi arahan ditetapkan KKM dan tindakan tegas akan diambil kepada individu yang ingkar.

Sumber : HMETRO ONLINE

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Be the first to comment on "Warga Emas Ini ‘Kantoi’ Walaupun Cuba Sorok Gelang Pink. Ini Kenyataan Dari KPD Petaling Jaya"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*