Hari Ini KKM Umumkan Satu Angka Positif Yang Sangat Tinggi. Angka Positif Adalah Yang Tertinggi Sejak Bermula PKP Dulu

Sebanyak 432 kes baru Cov-19 dicatatkan hari ini, sekali gus menjadikannya angka paling tinggi pernah dicatat sejak wabak itu melanda Malaysia.

Perkara itu diumumkan Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah sebentar tadi.

Berikut status terkini Covid-19 setakat hari ini:

Jumlah discaj baru: 57

Jumlah kumulatif discaj: 10340 (80.7%)

Jumlah kes baru: 432

Jumlah kumulatif: 12813

Jumlah kes aktif: 2336

Kes tempatan:429 (409 WN, 20 BWN)

Kes import: 3 (2 WN, 1 BWN)

Jumlah kema..tian: 0

Jumlah kumulatif kema..tian: 137 (1.07%)

Jumlah kes di ICU: 32

Pesakit intubated: 8

93 kontak rapat kes Covid-19 Kelantan dikesan

Malaysiakini

Seramai 93 individu yang mempunyai kontak rapat dengan individu kes positif Covid-19 dikesan di negeri Kelantan, kata Pengarah Kesihatan negeri Dr Zaini Hussin.

Menurutnya, ia melibatkan kontak rapat dengan sembilan individu yang didapati positif sehingga semalam.

“Daripada jumlah itu kesemua mereka disaring dan 89 orang didapati negetif melalui saringan pertama dan kedua,” katanya kepada media selepas mesyuarat mingguan Jawatankuasa Keselamatan Khas Negeri Kelantan (JKKNK) di Kompleks Kota Darulnaim, Kota Bharu, hari ini.

Dr Zaini berkata, selama 57 hari negeri Kelantan bebas daripada penularan wabak tersebut namun dikesan semula pada 23 Sept lepas.

“Kelantan sudah bebas Covid-19 selama 57 hari sebelum kes terbaru dicatatkan pada 23 September dan sehingga semalam terdapat sembilan kes.

“Sebanyak empat kes yang dicatatkan mempunyai perjalanan di Sabah manakala yang lain adalah kontak rapat mereka.

“Bagaimanapun, kita sudah mengambil pendekatan awal dengan mengesan kontak rapat. Malah sehingga kini lebih 1,000 sampel diambil termasuk mereka yang pulang dari Zon Merah,” katanya.

Mengulas lanjut, Dr Zaini berkata, kesemua mereka yang positif termasuk bayi berada dalam keadaan stabil dan tidak mempunyai sebarang gejala.

“Justeru, memandangkan kes sekarang menunjukkan angka yang tinggi, saya meminta orang ramai mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan kerajaan.

“Perkara ini yang akan kita tekankan dan berharap masyarakat mengambil perhatian serius bagi mengekang penularan Covid-19,” jelasnya.

Sumber : Malaysia KINI

Be the first to comment on "Hari Ini KKM Umumkan Satu Angka Positif Yang Sangat Tinggi. Angka Positif Adalah Yang Tertinggi Sejak Bermula PKP Dulu"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*