Dah 6 tahun kahwin tapi tak dapat zuriat. Tiba Tiba suami lari ke rumah keluarga. Rupanya ini sebab kenapa

SETIAP pasangan yang berkahwin pasti mahukan zuriat sebagai pelengkap rumah tangga.

Namun berbeza dengan kisah pasangan ini apabila si isteri inginkan zuriat tetapi suaminya pula tidak ambil peduli hasrat tersebut.

Kecewa dengan sikap suaminya itu, si isteri meluahkan perasaan yang terbuku di hatinya menerusi satu perkongsian di halaman Facebook Kisah Rumah Tangga.

Menurut wanita tersebut, dia dan suaminya merupakan pasangan yang tinggal berjauhan atau ada juga yang menggelarkannya sebagai PJJ (perhubungan jarak jauh).

“Saya wanita berusia 34 tahun, hidup PJJ, seorang di pantai timur seorang di ibu kota. Berkahwin dah enam tahun dan belum dikurniakan zuriat.

“Masalah yang saya hadapi, saya inginkan zuriat tapi suami macam tak ambil kisah pun soal tu,” luahnya.

Jelasnya lagi, setiap kali dia mengajak suaminya itu untuk melakukan pemeriksaan di hospital, mereka berdua akan bergaduh dan bermasam muka.

“Dia menuduh saya nak memalukan dia bila saya ajak dia check up. Pernah saya beritahu nak ambil anak angkat tapi dia marahkan saya balik dengan seribu alasan.

“Sampaikan ada yang tuduh saya mandul padahal lebih tiga kali saya dah check up diri saya dekat klinik swasta dan hospital, doktor kata saya tak ada apa-apa masalah,” katanya.

Malah lebih mengecewakan, wanita tersebut mendakwa suaminya mengambil keputusan untuk balik ke rumah keluarganya tanpa membawa bersama dirinya.

“Ni pun setelah sebulan duduk dengan saya, dia ambil keputusan nak balik rumah family dia, tinggalkan saya di rumah keluarga saya.

“Ingatkan PKP bolehlah saya spend masa dengan dia lama tapi semuanya meleset. Selama sebulan di sini dia tak ada pun membantu saya,” katanya.

Kata wanita itu lagi, suaminya sering terperap di dalam bilik sambil menonton filem.

“Bulan puasa dahlah tak boleh nak berbuka sekali, raya pun tak ada terfikir nak balik walaupun diberi kelonggaran PJJ boleh berjumpa isteri.

Pasangan suami isteri ini tidak dikurniakan zuriat meskipun sudah berkahwin enam tahun. Sekadar gambar hiasan.

“Saya sedih, kecewa dengan sikap suami. Malu sangat dekat famili saya dengan sikap dia. Tahun lepas dua minggu nak raya, kami hampir bercerai tapi kerana orang tua kami masih bersama,” katanya.

Menerusi perkongsian itu juga, wanita tersebut turut meminta pandangan netizen mengenai tindakannya yang meminta suaminya untuk melakukan pemeriksaan kesihatan.

“Salah ke saya ingin anak? Salah ke seorang isteri minta suami check up untuk tahu apa masalah?

“Salah ke saya minta dia buat begitu? Dan salah ke saya nak ambil anak angkat. Tolong bagi pendapat. Harap tak dikecam,” katanya.

Sumber : MSTAR ONLINE

Be the first to comment on "Dah 6 tahun kahwin tapi tak dapat zuriat. Tiba Tiba suami lari ke rumah keluarga. Rupanya ini sebab kenapa"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*