Sebelum Ini Sultan Johor Hadiahkan 10 Buah Myvi Kepada Nurse. Kali Ini Baginda Beri Lagi Penhargaan Yang Lebih ‘Bernilai’

Sultan Johor Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar hari ini berkenan memperkenalkan Pingat Jasa Dikenang, khusus menghargai pengorbanan petugas barisan hadapan di negeri ini yang berterusan bertungkus-lumus memerangi penularan COV-19.

Baginda bertitah, pingat berserta surat akuan akan dikurniakan kepada penerima terdiri daripada pelbagai jabatan serta agensi yang secara langsung terlibat dalam penugasan.

“Dalam menghargai jasa dan pengorbanan petugas barisan hadapan di Johor, saya berkenan untuk mengurniakan mereka Pingat Jasa Dikenang.

“Teruskan usaha baik anda semua dan saya harap rakyat jelata terus memberi kerjasama sebaiknya bagi menghalang virus ini daripada terus menular,” titah baginda kepada Royal Press Office (RPO), di sini.

pingat-1-682x1024

Kenyataan baginda itu dimuat naik di Facebook rasmi Sultan Johor, hari ini.

Terdahulu, Sultan Johor berkenan menerima menghadap Yang Dipertua Jumaah Majlis DiRaja Johor, Datuk Dr Abdul Rahim Ramli di Pejabat Mados, Istana Bukit Pelangi, hari ini.

Pada pertemuan itu, Abdul Rahim turut mempersembahkan contoh surat akuan berkenaan kepada baginda.

Warna riben pada pingat itu terdiri daripada putih, merah dan biru menandakan Bendera Johor, manakala di bahagian belakang, terdapat reka bentuk 10 tangan memegang erat antara satu sama lain menandakan 10 daerah di Johor.

Sultan Ibrahim bertitah pingat berkenaan akan diberikan kepada mereka yang benar-benar layak, yang akan dipilih oleh ketua jabatan atau agensi masing-masing.

“Pingat ini kemudian akan saya sampaikan kepada ketua-ketua jabatan untuk diberikan kepada penerima antaranya Jabatan Kesihatan Johor, polis, tentera, bomba dan lain-lain,” titah baginda lagi.

Sultan Johor kurnia kereta kepada jururawat Wad Diraja HSA

Sultan Johor, Sultan Ibrahim Iskandar berkenan mengurniakan 10 kereta jenis Perodua Myvi kepada 10 jururawat yang bertugas di Wad Diraja Hospital Sultanah Aminah (HSA) Johor Bahru, hari ini. FOTO IHSAN ROYAL PRESS OFFICE

Sultan Johor, Sultan Ibrahim Iskandar berkenan mengurniakan 10 Perodua Myvi kepada jururawat yang bertugas di Wad Diraja Hospital Sultanah Aminah (HSA) Johor Bahru, hari ini.

Dalam muat naik terbaharu di Facebook rasmi baginda, Sultan Ibrahim berkenan mengurniakan kenderaan itu bagi menzahirkan penghargaan di atas sumbangan serta khidmat 10 jururawat terbabit kepada baginda dan keluarga diraja Johor.

Penyelia Jururawat, Rokiah Samin yang bertugas di Wad Diraja HSA sejak 2006, melahirkan perasaan syukur di atas kurniaan berkenaan.

“Mewakili mereka yang lain, saya menjunjung setinggi-tinggi kasih kepada Tuanku Sultan di atas kurniaan ini.

“Besar sungguh nilainya kepada kami semua dan kami juga sentiasa mendoakan kesejahteraan dan kesihatan baginda serta keluarga,” katanya.

Kenderaan berkenaan diserahkan dalam satu majlis di Larkin, Johor Bahru.

Turut berkongsi kesyukuran adalah Nuraini Aziz, 28, yang hadir sendiri untuk menerima kenderaan berkenaan walaupun masih dalam tempoh pantang selepas melahirkan anak pada tiga hari yang lalu.

“Saya bersyukur kerana dapat hadir kerana ini adalah satu kenangan yang sangat istimewa. Kami akan terus memberikan perkhidmatan terbaik kepada Sultan Johor dan keluarga diraja Johor,” katanya.

Sumber : Malaysia Gazette / HMETRO ONLINE

 

Be the first to comment on "Sebelum Ini Sultan Johor Hadiahkan 10 Buah Myvi Kepada Nurse. Kali Ini Baginda Beri Lagi Penhargaan Yang Lebih ‘Bernilai’"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*