Talian Celcom ‘Down’. Pengguna Mula Tidak Puas Hati Dan Akhirnya Pihak Celcom Keluar Kenyataan

Artikel ini ditujukan khas untuk pengguna pengguna talian CELCOM. Jika anda perasan sehingga sekarang talian celcom tidak dapat digunakan.

Jikan dilihat pada telefon bimbit anda tiada satu bar pun yang kelihatan. Perkara ini bukan terjadi kepada anda sahaja tetapi kepada semua pengguna CELCOM.

Terdapat ramai pengguna di laman media sosial melaporkan sedang mengalami gangguan perkhidmatan Celcom.

Gangguan ini dialami mengakibatkan pengguna Celcom langsung tidak boleh mengakses rangkaian.

Namun, maklum balas dari Celcom kepada seorang pengguna menyatakan bahawa mereka mengakui gangguan perkhidmatan rangkaian ini.

Melihat keluhan di media sosial, rata rata-rata pengguna melahirkan rasa kecewa dan menyatakan masalah tersebut telah berlaku.

KENYATAAN DARI PIHAK CELCOM

Celcom telah mengeluarkan satu kenyataan sebenar tadi tentang gangguan network mereka. Kenyataan ini telah dimuat naik di laman Facebook rasmi mereka CELCOM.

Menurut mereka, memang terdapat gangguan dan pembaikian sedang dijalankan.

“Customers in some areas nationwide may find their voice and data services experience affected due to a technical issue we are facing right now. Our technical team is working hard to resolve this issue and restore services as soon as possible” – Celcom

Mereka meminta semua pengguna CELCOM untuk bersabar kerana mereka sedang berusaha sedaya upaya dan secepat munkin untuk selesaikan masalah ini.

Sumber: CELCOM / WISER

Sapa ada phone dual simkad kira selamat lagi .. kalau guna iphone susah la sikit ..

Be the first to comment on "Talian Celcom ‘Down’. Pengguna Mula Tidak Puas Hati Dan Akhirnya Pihak Celcom Keluar Kenyataan"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*