Ebit Lew Datang Ziarah M.Daud Kilau Tetapi Waktu Ebit Lew Nak Balik Dia Telah ‘Ditahan’ M.Daud Kilau

Keadaan kesihatan penyanyi jolokan Raja Gelek, Datuk M Daud Kilau, 82, semakin uzur apabila diuji dengan beberapa penyakit kronik sejak empat tahun lalu.

Penyanyi yang popular menerusi lagu Sirih Pinang itu mempunyai kencing manis, jantung dan kini, kurang pendengaran. Beliau juga sudah tidak boleh berdiri lama, kebas kaki dan tangan serta sakit pinggang.

Raja Gelek, Datuk M Daud Kilau kini uzur dan tidak dapat meneruskan aktiviti nyanyian. - Foto Noor Hidayah Tanzizi

“Saya doakan peminat panjang umur dan murah rezeki. Doakan juga saya cepat sembuh. Jika tak baik, tidak apa.

“Kalau saya ‘pergi’, doakan saya selamat pergi dan sedekahkan al-Fatihah,” katanya menitipkan pesanan buat peminat.

M Daud atau nama sebenarnya, Muhammad Daud Kilau berkata, dia tidak lagi dapat memenuhi undangan persembahan sejak sakit.

“Nak berjalan pun sudah tidak larat dan solat atas bangku.

“Saya kini bergantung dengan ubat. Saya kena melakukan pemeriksaan kesihatan di Klinik Kesihatan Bagan Datuk tiga bulan sekali. Saya banyak menghabiskan masa dan sisa hidup mencari saham akhirat,”

Ebit Lew Ziarah M.Daud Kilau

Sebak sayu hati rasa baru ziarah Dato M Daud Kilau dan datin di Bagan Datuk. Walau uzur beliau masih senyum ceria semangat melayan tetamu. Sedap laksa. Beliau berdoa bersama-sama tadi. Lemah lembut orangnya.

M DAUD KILAU TAK BERI BALIK JIKA TAK MAKAN LAKSA

Tak bagi kami balik kalau tak makan. Semua kru kena makan..saya suap beliau. Katanya kali pertama ni kena suap dengan ustaz.

Alhamdulillah saya berkongsi sedikit hadiah dengannya. Ulang-ulang cakap terima kaseh. Dan banyak sangat ni. Tak nak ustaz susahkan ustaz.

Apalah sangat dengan hadiah berbanding doa dari yang baik dan mulia. Doakan saya yer. Doakan supaya Dato M Daud Kilau sihat dan diberi kekuatan umur panjang memberi manfaat untuk ummah dan ibadah.

Tadi beliau sempat menyanyi bersama. Macam dengar dekat radio lagi. Sedap suara..

Artikel By : AwatttSyeikhh Network

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Be the first to comment on "Ebit Lew Datang Ziarah M.Daud Kilau Tetapi Waktu Ebit Lew Nak Balik Dia Telah ‘Ditahan’ M.Daud Kilau"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*