Selepas Insiden Jatuh Dari ‘Rope Wing’ Pihak Berkuasa Dedahkan Sesuatu Yang Ramai Tidak Tahu Tentang Bisnes Rope Wing

Baru-baru ini tular di laman Facebook, mengenai satu insiden aktiviti sukan lasak iaitu ‘rope swing’ yang melibatkan seorang wanita berusia 33 tahun. Mangsa dilaporkan bergantung pada ketinggian 10 meter sebelum terhempas ke atas batu dan jatuh ke dalam sungai.

Ekoran daripada insiden itu, Selangor Kini melaporkan kerajaan negeri telah mengarahkan semua aktiviti hayunan tali tinggi dihentikan serta-merta.

Pernah mendapat arahan polis

Menurut kenyataan yang dikeluarkan EXCO Sukan Selangor iaitu Mohd Khairuddin Othman, pihak Majlis Bandaraya Hulu Selangor (MBHS) tidak pernah mengeluarkan lesen kebenaran kepada penganjur sukan tersebut sejak 2017.

Malah mereka pernah mendapat arahan polis untuk menghentikan operasi itu tetapi gagal menurut arahan dan meneruskan aktiviti berkenaan sehingga berlaku kejadian tidak diingini.

Ekoran kemalangan pada 27 September yang melibatkan seorang wanita terhempas itu, MBHS telah mengeluarkan notis untuk menghentikan aktiviti berkenaan serta serta mengosongkan kawasan berkenaan.

Dihentikan serta merta

Tambahan, kerajaan negeri mengarahkan semua aktiviti melibatkan hayunan tali tinggi dihentikan dengan serta merta.

Kerajaan negeri akan memantau dan mendapatkan perkembangan semasa mangsa iaitu Siti Halijah Abd Rahim. Saya mendoakan supaya beliau kembali sembuh dari kecederaan yang dialami.

Sumber: Selangor Kini Oh Bulan

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Be the first to comment on "Selepas Insiden Jatuh Dari ‘Rope Wing’ Pihak Berkuasa Dedahkan Sesuatu Yang Ramai Tidak Tahu Tentang Bisnes Rope Wing"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*