Semalam Shuib Disoal SPRM Selama 23Jam, Hari Ini Fara Mendoza Pula Dedahkan Sesuatu Terjadi Kepada Dia Selepas SPRM Panggil

Pelakon kontroversi Fara Mendoza mengakui telah memberikan kerjasama kepada pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung kes pengubahan wang haram, malam tadi.

Fara memberitahu perkara tersebut menerusi paparan Instagram (IG) Storynya sebaik sahaja selesai disoal siasat.

“Alhamdulillah, saya tak bersalah, syukur. Hari ini 1/10/2020 saya telah dipanggil hanya untuk memberi kerjasama,” tulisnya.

Menerusi ruangan sama, Fara turut menyebut tentang kemewahannya di laman sosial IG yang menjadi pertikaian warganet.

“Nampak mewah di Instagram tak semestinya saya dapat dari hasil duit haram. Bertabahlah wahai hati,” tulis Fara lagi.

Bagaimanapun beberapa jam kemudian Fara memberitahu akaun banknya telah dibekukan, kediaman digeledah dan telefon bimbit telah diserahkan kepada pihak SPRM untuk tujuan siasatan.

“Akaun dibekukan, apa dosa saya? Rumah digeledah, HP (handphone) diserahkan. Semoga semuanya dipermudahkan.

“Fight for my right! Berani kerana benar,” luahnya.

Terdahulu media melaporkan beberapa selebriti dipanggil bagi membantu siasatan berhubung kes pengubahan wang haram.

Siasatan kes berkenaan dijalankan oleh Unit Siasatan Pengubahan Wang Haram (AMLA) SPRM.

“Saya Anggap Ini Dugaan”- Shuib Ditahan 23 Jam Di SPRM

Penyampai radio dan pelawak Shuib Sepahtu menganggap penahanannya selama hampir 24 jam di Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pada Khamis sebahagian daripada ujian dan cabaran berbisnes.

Jelas Shuib, dia dipanggil ke suruhanjaya terbabit untuk membantu siasatan berhubung pengubahan wang haram.

“Salam Jumaat, Alhamdulillah syukur… Terima kasih pada semua yang mendoakan saya dan isteri.

“Saya dipanggil untuk membantu siasatan SPRM berkenaan Unit Siasatan Pengubahan Wang Haram (AMLA) dan terima kasih pada pihak SPRM kerana memberi layanan yang sangat baik pada saya sepanjang 23 jam siasatan.

“Saya anggap ini satu cabaran dan dugaan dalam bisnes. Doakan perniagaan BubbleBee kami terus maju dan memberi manfaat pada semua orang,” tulisnya di Instagram pada Jumaat.

Akui Shuib, dia sedia berdepan cabaran sedemikian sejak mula mengambil risiko untuk menjalankan perniagaan.

“You pray for the rain, you have to deal with the mud also,” tambah Shuib lagi.

Terdahulu media melaporkan pasangan suami isteri artis dan selebriti yang juga usahawan terkenal, adalah antara individu yang dipanggil bagi membantu siasatan berhubung kes pengubahan wang haram.

Pasangan itu dibawa ke Ibu Pejabat SPRM Putrajaya selepas dijemput di kediaman mereka kira-kira jam 4 pagi semalam.

Sementara itu, semalam pihak syarikat pengurusan Shuib Sepahtu mengesahkan pelakon dan pelawak itu memberi keterangan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Pengarah Urusan Indigital Music, Nana Mohamad Rom berkata, hanya Shuib memberi keterangan kepada SPRM, manakala isterinya, Siti Sarah sekadar menemani suaminya.

Siasatan kes berkenaan kini dijalankan oleh Unit Siasatan Pengubahan Wang Haram (AMLA) SPRM.

Sumber : GEMPAK

Be the first to comment on "Semalam Shuib Disoal SPRM Selama 23Jam, Hari Ini Fara Mendoza Pula Dedahkan Sesuatu Terjadi Kepada Dia Selepas SPRM Panggil"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*