Founder Produk Kosmetik, Cik Non ‘Hina’ Rakyat Sabah Kerana C0VlD19. PDRM Keluar Kenyataan Tentang Apa Akan Terjadi Kepada Dia

Kuala Lumpur: Polis membuka kertas siasatan ke atas pengasas produk kecantikan menggunakan akaun Facebook (FB) atas nama Nor Shahada Aisyah atau Cik Non susulan kenyataan dimuat naik di laman sosial FB miliknya menghina rakyat Sabah sebagai penyebab Covid-19 meningkat.

Timbalan Pengarah (Siasatan dan Perundangan) Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Deputi Komisioner Mior Faridalathrash Wahid berkata, satu laporan polis dibuat ke atas pemilik akaun FB terbabit susulan kenyataan dimuat naiknya itu.

Beliau berkata, susulan itu, polis membuka kertas siasatan mengikut Seksyen 505 (b) Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi 1998.

“Kertas siasatan sudah dibuka dan kita akan memanggilnya untuk merakam keterangan,” katanya kepada Harian Metro hari ini.

Terdahulu, Cik Non didakwa menghina orang Sabah dengan menggelar diri mereka ‘bodoh’ dan rakyat Sabah miskin selepas tidak berpuas hati dengan peningkatan kes Covid-19.

Cik Non sebelum ini mencetuskan kontroversi apabila caranya mempromosikan produk kecantikan mendapat kecaman netizen selain tular di media sosial bergaduh dengan pengawal keselamatan kerana dilarang masuk ke pusat beli-belah selepas tidak memakai pelitup muka.

Sumber : HMETRO ONLINE

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Be the first to comment on "Founder Produk Kosmetik, Cik Non ‘Hina’ Rakyat Sabah Kerana C0VlD19. PDRM Keluar Kenyataan Tentang Apa Akan Terjadi Kepada Dia"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*