Kawalan Rentas Daerah Akan Bermula 3hb Oktober Hingga 16hb Oktober. Ini Apa Yang Rakyat Sabah Patut Ambil Tahu

Mesyuarat Khas Menteri-Menteri mengenai Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) memutuskan untuk melaksanakan Kawalan Rentas Daerah di seluruh Sabah, berkuat kuasa pukul 12:01 tengah malam esok (3 Oktober) hingga 16 Oktober ini.

Namun demikian, Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, perkhidmatan perlu termasuk keperluan bekalan makanan, perubatan dan keselamatan adalah dibenarkan untuk melakukan perjalanan rentas daerah.

Kawalan Rentas Daerah di seluruh Sabah berkuat kuasa tengah malam 3 Oktober

“Sepanjang tempoh ini, mereka yang sedang menjalani atau akan tamat tempoh kuarantin dibenarkan pulang ke daerah masing-masing atau pulang ke Semenanjung Malaysia, Sarawak dan Labuan,” katanya dalam kenyataan di sini, pada Khamis.

Mengulas lanjut, Ismail Sabri berkata, walau bagaimanapun, Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan Bersasar (PKPDB) di empat daerah iaitu Tawau, Lahad Datu, Kunak dan Semporna yang diumumkan sebelum ini kekal berkuat kuasa seperti biasa.

PKPDB yang melibatkan 962,661 penduduk di empat daerah itu dijadualkan berakhir pada 12 Oktober ini.

Pelaksanaan PKPDB di kawasan itu adalah bagi membolehkan aktiviti pengesanan kes secara bersasar dilaksanakan sepanjang tempoh tersebut.

Sebarang sekatan dan maklumat lanjutan katanya,akan dimaklumkan oleh kerajaan Sabah melalui
Jawatankuasa Bencana Alam COVID-19 Sabah yang dipengerusikan setiausaha kerajaan negeri.

Sumber : ASTRO AWANI

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Be the first to comment on "Kawalan Rentas Daerah Akan Bermula 3hb Oktober Hingga 16hb Oktober. Ini Apa Yang Rakyat Sabah Patut Ambil Tahu"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*