Bergambar Berdua Seperti Sedang Bercinta. Neelofa Akhirnya Buka Mulut Dan Jelaskan Semua

“Tidak, tiada apa-apa.”

Itu jawapan ringkas daripada pengacara dan usahawan terkenal Neelofa mengenai desas-desus hubungan percintaannya dengan pendakwah yang juga pelakon, Haris Ismail atau PU Riz.

Menurut Neelofa, 31, PU Rizz bukan sahaja rapat dengan dirinya malah seluruh ahli keluarga sejak tiga tahun lalu.

“Kami memang sudah kenal sejak tiga tahun lalu. Dia juga rapat dengan adik beradik dan sepupu saya kerana banyak mengadakan kelas agama dan mengaji bersama.

SEBAB KENAPA PU RIZ BOLEH HADIR KE MAJLIS KAHWIN

Muncul Pakai Sedondon Dengan Neelofa, PU Riz Jawab Spekulasi Netizen

“Sebab itu dia hadir ke majlis perkahwinan itu kerana adik saya, Aqief sendiri yang mengundangnya. Bukan saya yang menjemput.

“Jadi kalau tanya saya, jawapannya tidak. Jangan risau, sekiranya sudah bertemu jodoh, saya akan bagitahu,” katanya kepada Gempak.

Neeofa ditemui ketika majlis pelancaran butik terbaharu Naelofar di One Utama, Petaling Jaya, sebentar tadi.

Dalam pada itu, bekas hos MeleTop tersebut berharap agar semua pihak menghormati pendiriannya mengenai hal peribadi.

“Saya & Dia Sebenarnya…” Dijodohkan Dengan PU Riz, Ini Jawapan Neelofa

“Ada beberapa perkara yang tidak perlu saya beri justikasi atau kongsi. Boleh bawa kemudaratan.

“Saya mohon semua hormat dengan pendirian saya,” katanya lagi.

Terdahulu, desas-desus mengenai hubungan rapat Neelofa dan PU Riz pula diperkatakan netizen apabila kedua-duanya sering dilihat bersama sejak Ramadan lalu.

Namun, perkara itu dinafikan kedua-duanya dan menyifatkan mereka berjumpa atas dasar kerja.

Neelofa sebelum ini pernah mengundang PU Riz untuk menjayakan program bacaan 99 Nama Allah sekitar tahun 2018.

Sumber : GEMPAK

Be the first to comment on "Bergambar Berdua Seperti Sedang Bercinta. Neelofa Akhirnya Buka Mulut Dan Jelaskan Semua"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*