Suami Hubungi Isteri Dan Beritahu Positif C0VlD19 Dan Hidup Tak Lama. Isteri Terlalu Risau Dan Cari Suami, Bila Dah Jumpa Rupa Rupanya Ini Yang Berlaku

Segelintir manusia menggunakan Covid-19 sebagai alasan untuk mengelakkan sebarang interaksi sosial pada masa kini. Ada juga yang mengambil kesempatan untuk berjauhan dan tidak bertemu dengan pasangan.

Seorang lelaki berusia 28 tahun dari India meninggalkan rumah setelah memberitahu isterinya bahawa dia menghidap Cov-19.

Tidak hanya mengatakan dirinya positif Covid 19, lelaki tersebut juga mendakwa dia akan mati. Dia kemudian masuk dalam kategori ‘orang hilang’ selepas isterinya membuat laporan polis kerana si suami tidak lagi pulang ke rumah selepas menelefonnya.

Memetik laporan Khaleej Times, lelaki yang berasal dari Navi Mumbai itu hilang pada 24 Julai. Dia memanggil dan memberitahu isterinya bahawa dia telah positif Covid-19 dan tidak dapat hidup lagi.

Sebelum sempat isterinya bertanya lanjut, lelaki itu terus mematikan telefon. Wanita itu kemudian menghubungi abangnya untuk meminta bantuan polis lalu membuat aduan tentang kes orang hilang.

Setelah mencari lelaki itu, polis hanya menemui basikal, topi keledar, beg dan kunci di jalan di Sektor 17 Vashi, tetapi lelaki itu sendiri tidak dapat dijumpai.

Menurut seorang Asisten Komisioner Polis (ACP) dalam kes tersebut, siasatan dilakukan setelah aduan tersebut dilakukan.

Polis cuba mengesan lokasi telefon bimbit lelaki itu bahkan memeriksa rakaman kamera keselamatan di kawasan itu.

Setelah menyiasat, polis mengetahui bahawa lelaki itu telah membuat panggilan ke talian hotline bantuan polis India iaitu 100.

Panggilan dilakukan dua kali pada malam dia hilang dan disyaki bahawa ia boleh menjadi kes permusuhan dan rompakan.

RUPANYA LARI KE RUMAH KEKASIH

Namun, setelah melakukan siasatan lebih lanjut, polis mendapati lelaki itu mempunyai kekasih dan misi mencari bermula.

Pencarian selama sebulan menunjukkan bahawa lelaki itu pergi ke Indore, kira-kira 582 kilometer dari Navi Mumbai.

Satu pasukan kemudian dihantar untuk mencari lelaki itu dan dia didapati tinggal bersama kekasihnya di Indore. Lelaki itu kemudian dibawa pulang ke Mumbai pada 15 September.

Sumber : GEMPAK

Be the first to comment on "Suami Hubungi Isteri Dan Beritahu Positif C0VlD19 Dan Hidup Tak Lama. Isteri Terlalu Risau Dan Cari Suami, Bila Dah Jumpa Rupa Rupanya Ini Yang Berlaku"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*