Putri Najuwa Pergi Temujanji Doktor Untuk Periksa Kandungan Dengan Mood Gembira Tetapi Apa Yang Doktor Beritahu Terus Buat Intan Sedih

Pelakon Putri Najuwa tidak menyangka temu janji berjumpa doktor untuk melihat bayi dalam kandungannya berakhir dengan berita sedih apabila dia disahkan mengalami keguguran.

Najuwa berkata jantung bayi dalam kandungannya yang berusia lapan minggu terhenti dan sudah tidak membesar sejak dua minggu lalu.

“Sepatutnya ia merupakan temu janji yang teruja untuk saya melihat jantung si kecil pada usia lapan minggu. Tapi saya lihat baby kelihatan sama sahaja ketika ia berusia enam minggu.

“Doktor kata janin dah berhenti membesar dan saya mengalami keguguran. Ketika itu saya rasa seperti hati saya dirobek. Ia tidak boleh terluah dengan kata-kata apa yang saya rasa. Ini ketentuan dari Allah,” katanya dalam Bahasa Inggeris.

“Temu Janji Yang Akhirnya…”- Putri Najuwa Keguguran Selepas 3 Tahun Berkahwin

Najuwa berkongsi berita tersebut di akaun Instagram miliknya.

Menurut Najuwa keadaannya kini stabil dan sedang berehat di rumah.

“Tolong doakan kami. Selamat tinggal baby. Hingga kita berjumpa lagi.

“Saya okay dan berehat di rumah sekarang. Saya bertuah kerana mempunyai keluarga dan rakan yang memberi kekuatan, kegembiraan dan kasih sayang. Terima kasih kerana bersama saya,” kongsinya lagi.

Entri tersebut mendapat perhatian pengikutnya yang rata-rata mengucapkan takziah dan mendoakan agar Najuwa terus kuat.

Najuwa mendirikan rumah tangga bersama pasangannya, Muhammad Zaid Samsuri pada 23 September 2017.

Kenyataan Penuh Putri Najuwa

What was supposed to be an exciting appointment to see that little flickering heartbeat at 8 weeks, i saw my baby looking the same as they did at early 6 weeks. The doctor said the fetus stopped growing and i had a missed miscarriage. At that moment I felt like something was ripped out of my heart, I can’t even put into words the actual feeling I had but it was the qadar of Allah SWT. Please kindly make dua for us. Goodbye baby. Until we meet again. 

Picture taken before my D&C surgery. I’m okay at home resting now 🙂 I am so lucky to have family/friends that fills my heart with strength, joy, and love. Thank you for always being there. Jazakumullah khairan kathira.

Sumber : GEMPAK

Be the first to comment on "Putri Najuwa Pergi Temujanji Doktor Untuk Periksa Kandungan Dengan Mood Gembira Tetapi Apa Yang Doktor Beritahu Terus Buat Intan Sedih"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*