Gadis Ini Komplen Ayam McD Berulat Sehingga McD Respond. Tak Lama Selepas Itu Semuanya Terbongkar Tentang Apa Sebenar Yang Terjadi

Netizen dikejutkan dengan perkongsian pengguna Twitter @rabbykrabby beberapa hari yang lalu apabila beliau memuat naik gambar ayam goreng di sebuah restoran makan segera McDonalds.

Apa yang mengejutkan adalah ayam goreng tersebut sudah berulat dan menarik perhatian pihak McDonalds untuk menyelesaikan isu yang dibangkitkan dengan menghubungi beliau.

pelanggan-ini-terima-ayam-goreng-mcd-tapi-ketika-nak-makan-jumpa-pula-benda-ni_5f675e2a4567c

Terbaharu, dalam satu kenyataan terbuka di Twitter miliknya, beliau telah memohon maaf kepada McDonalds Malaysia atas tuduhan tidak tepat yang dilemparkannya.

Menurutnya, tindakannya meluahkan perkara tersebut di laman sosial sehingga tular adalah satu tindakan yang terburu-buru. Malah, ayam goreng itu sebenarnya sudah beberapa hari dibeli dan dibiarkan dalam suhu persekitaran.

Permohonan Maaf Dari Gadis Tersebut

Oleh itu, ayam goreng tersebut telah tercemar sehingga terdapat ulat diatas permukaannya. Maka, beliau kesal dengan apa yang berlaku dan memohon maaf kepada pihak McDonalds Malaysia diatas segala dakwaan yang dibuat.

Tambahnya lagi, permohonan maaf yang dilakukan tidak ada sebarang paksaan daripada mana-mana pihak dan beliau kesal serta berjanji akan menghapuskan perkongsiannya sebelum ini.

Lantaran itu, rata-rata netizen berasa kecewa dengan tindakan gadis tersebut. Malah, para netizen juga mengecam beliau dan mengatakan tidak sewajarnya menaburkan fitnah seperti itu.

Pastinya banyak pihak yang terkesan dengan perkongsian gadis ini. Apakah pandangan anda mengenai perkara ini?

Sumber : The Vocket

Be the first to comment on "Gadis Ini Komplen Ayam McD Berulat Sehingga McD Respond. Tak Lama Selepas Itu Semuanya Terbongkar Tentang Apa Sebenar Yang Terjadi"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*