Isteri Ali Puteh Selamat Melahirkan Anak. Nama Yang Diberi Oleh Ali Puteh Buat Ramai Orang Teringat Arwah Abam Bocey

Pelawak, Ali Puteh, berkongsi kegembiraan dan meluahkan rasa syukur apabila isterinya telah selamat melahirkan anak ketiga mereka awal pagi tadi.

Menerusi laporan Astro Gempak, Ali memberitahu isterinya iaitu Melati dan bayi berada dalam keadaan sihat.

Tanda ingatan dekat arwah Abam

Alhamdulillah, Melati selamat lahirkan bayi ketiga kami. Bayi dilahirkan secara normal dan berada dalam keadaan sihat bersama ibunya. Saya bersyukur urusan dipermudahkan dan terima kasih kepada yang sentiasa mendoakan Melati dan anak. Memang dari awal saya nak nama arwah Abam ada. Jadi saya ambil Umar itu. Ingatan kami terhadap arwah tidak pernah pudar.

Menurut Ali, isterinya telah bersalin di sebuah hospital swasta di Ampang. Berat bayinya itu seberat 3.07 kilogram. Tambahnya, mereka sudah memiliki nama yang sesuai buat bayi comel itu. Mereka akan menamakan bayi tersebut sebagai Syed Umar Iskandar.

Jelasnya lagi, nama tersebut sudah dipilih dari awal kerana ianya sebagai tanda ingatan terhadap arwah Abam. Ali turut memaklumkan yang ibunya turut menangis sebaik sahaja mendapat tahu berita kelahiran Umar.

Pasti arwah orang paling sibuk

Pastinya arwah orang yang paling sibuk saat ini kalau dia ada. Sebab sebelum ini pun memang begitu, teringat pula keletah teruja arwah saat ini.

Di samping itu, Ali turut berkongsi detik isterinya hendak melahirkan bayi lelaki mereka. Ujarnya, isterinya mengadu sakit sejak petang semalam dan kesakitan tersebut semakin kerap pada waktu 8.30 malam. Ali atau nama sebenarnya Syed Ali Mubarak Syed Mohd Ridzuan telah mendirikan rumah tangga dengan Melati Fitri Abdullah sejak Mei 2016.

Hasil daripada perkahwinan tersebut Ali dan Melati dikurniakan dua anak perempuan Sharifah Nur Aaira Qaireen dan Sharifah Nur Ainul Mardhiah yang meninggal dunia selepas tiga bulan dilahirkan akibat komplikasi jantung.

Sumber: Astro Gempak

Be the first to comment on "Isteri Ali Puteh Selamat Melahirkan Anak. Nama Yang Diberi Oleh Ali Puteh Buat Ramai Orang Teringat Arwah Abam Bocey"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*