Mawi Ada Berhubung Dengan Syamsul Yusof Dan Ini Yang Boleh Mawi Katakan Tentang Isu Rumahtangga Rakannya

Rakan kepada sutradara dan pelakon Syamsul Yusof, Mawi berharap agar kisah yang tular di media sosial mengenai keretakan rumah tangga pasangan sahabatnya itu tidak benar.

Kata Mawi, dia ada berhubung dengan Syamsul beberapa hari lalu namun tidak berbincang mengenai kisah peribadinya.

“Cerita ini saya tahu dari media dan Instagram.

“Beberapa hari lepas saya ada berhubung dengannya melalui voice note tapi tak ada bertanya apa-apa berkaitan dengan masalah peribadinya.

“Saya Harap Cerita Ini Tak Betul!” – Mawi Ulas Hubungan Rumah Tangga Syamsul Yusof, Puteri Sarah

“Daripada perbualan pun semuanya okey dan dia tak ada menunjukkan sedang bermasalah.

“Saya harapkan cerita ini tak betul… Kita doakanlah,” katanya kepada Gempak.

Mawi ditemui pada majlis menandatangani memorandum persefahaman (MoU) antara Nurflix, Universiti Teknologi Mara (UiTM), Iskandar Malaysia Studios (IMS) dan Amazon Web Services (AWS) di Acapella Suite Hotel, Shah Alam pada Rabu.

Terdahulu, isteri kepada Syamsul, Puteri Sarah dilaporkan berada di pejabat agama dan enggan mengulas mengenai tindakannya itu.

Tinjauan di Instagram juga mendapati Syamsul dan Puteri Sarah sudah tidak mengikuti akaun masing-masing.

Kali terakhir mereka berkongsi foto bersama ketika sambutan Aidilfitri pada Mei lalu.

“Memang Banyak Syaitan …”- Ini Respon Puteri Sarah Bila Peminat Minta Pertahankan Rumah Tangga

“Memang Banyak Syaitan ...

Aktres Puteri Sarah Liyana, 34, mendedahkan menerima kiriman mesej daripada peminat yang menginginkan dia mempertahankan mahligai yang dibina bersama pelakon dan pengarah, Syamsul Yusof.

Antara isi kandungan mesej adalah berharap agar pasangan selebriti itu mendapatkan nasihat dan bersabar menghadapi dugaan dalam rumah tangga.

“Salam Sarah. Saya suka tengok Sarah dan Syamsul dengan anak-anak. Saya harap Sarah dapat pertahankan rumah tangga.

“Dapatkan nasihat dari orang-orang yang positif. Ujian rumah tangga memang besar sebab syaitan pun tak suka bila tengok manusia berkasih sayang dengan halal kerana Allah.

“Maaf saya taktau apa yang berlaku tapi saya yakin Sarah dan Syamsul dapat hadapi segalanya dengan sabar. Stay strong okay!” tulisnya.

Menghargai sikap keprihatinan yang ditunjukkan, Sarah membalasnya dengan mengucapkan terima kasih.

“Memang banyak syaitan.. tapi terima kasih banyak atas keprihatinan anda. Sarah hargai sangat,” balas pemilik nama Puteri Sarah Liyana Megat Kamaruddin.

Terdahulu, media melaporkan kelibat Puteri Sarah berjubah dan bertudung hitam menarik perhatian orang ramai yang kebetulan berada di kawasan pejabat agama itu.

Malah, Puteri Sarah bersama ibu mentuanya dikatakan masuk ke bahagian undang-undang keluarga meskipun tidak dapat dipastikan tujuan sebenar kehadirannya itu .

Selain itu, di Instagram Syamsul juga kali terakhir dia memuat naik foto bersama isteri dan anak-anak pada Mei lalu, manakala, foto bersama Puteri Sarah pula kali terakhir pada November tahun lalu.

Pasangan Syamsul dan Puteri Sarah berkahwin pada 8 Mac 2014 dan dikurniakan dua cahaya mata Syaikhul Islam, 3, dan Sumayyah, 1.

Sumber : GEMPAK

Be the first to comment on "Mawi Ada Berhubung Dengan Syamsul Yusof Dan Ini Yang Boleh Mawi Katakan Tentang Isu Rumahtangga Rakannya"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*