Isteri Syamsul Yusof, Puteri Sarah Muat Naik Satu Kenyataan Selepas Heboh Hubungan Mereka ‘Renggang’

Baru-baru ini dunia hiburan tempatan dikejutkan dengan berita kelibat isteri kepada pelakon dan pengarah terkenal Syamsul Yusof, Puteri Sarah Liyana kelihatan berada di pejabata agama.

Namun masing-masing menutup mulut dan tidak mahu memberikan sebarang kenyataan perihal tersebut kecuali meminta peminat mendoakan kebahagiaan mereka.

Terbaru di entri Instagram milik Puteri Sarah, dia berkongsi satu rasa pada kapsyen gambar yang dimuat naiknya itu. Tidak dapat dipastikan sama ada ianya hasil tulisannya sendiri atau dipetik daripada sumber lain kerana ayat-ayat tersebut lebih kepada Bahasa Indonesia.

“Kamu sedang tidak bersaing dengan siapa-siapa.. Jangan terus bandingkan kehidupanmu dengan kehidupan orang lain. Kita sudah punya porsi masing-masing yang mana semuanya sudah Allah atur.

“Kamu hebat dengan tetap mensyukuri segala bentuk pemberian Allah. Kamu istimewa dengan apa yang ada pada dirimu. Nikmatilah apa yang Allah anugerahkan. Karena sampai kapanpun, tak ada gunanya jika hidup hanya sekadar untuk membanding,” tulis Puteri Sarah.

Tambah Puteri Sarah lagi, cukuplah untuk kita menjadi lebih baik daripada diri kita yang sebelumnya dan bersyukur dengan apa yang telah diberikan kepada kita.

“Cukuplah kamu jadi baik dari kelmarin, dari diri kamu yang terdahulu. Cukuplah kamu menjadi dirimu sendiri dengan versi terbaikmu. Lalu bersyukur atas semua itu,” tulisnya lagi.

Puteri Sarah berkahwin dengan Syamsul Yusof pada 8 Mac 2014 dan mereka dikurniakan dengan dua orang cahaya mata iaitu Syaikhul Islam pada 19 April 2017 dan Sumayyah pada 16 Mac 2019.

Sumber : GEMPAK

Be the first to comment on "Isteri Syamsul Yusof, Puteri Sarah Muat Naik Satu Kenyataan Selepas Heboh Hubungan Mereka ‘Renggang’"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*