Lima Orang Janda Ditahan Pihak Polis

Sungai Petani: Lima wanita berstatus janda antara 15 penagih yang ditahan dalam serbuan dilakukan Agensi Anti Da.dah Kebangsaan (AADK) Kuala Muda di 10 kawasan di daerah ini, semalam.

Kelima-lima mereka berusia 38 hingga 40-an itu ditahan kerana positif pelbagai jenis da.dah.

Lokasi serbuan itu membabitkan kawasan Taman Ria, Flat Paya Nahu 2, Flat Paya Nahu, Perumahan Awam di Sungai Lalang, Taman Arked, Taman Sri Tanjung di Sungai Layar, Kampung Bakar, Pengkalan Lebai Man, Taman Lembah Permai di Gurun dan Taman Permai di Bedong.

Ketua AADK Kuala Muda Arnida Ishak berkata, operasi dilakukan bermula jam 9 pagi hingga 11.45 malam yang disertai empat anggota.

Beliau berkata, seramai 15 orang ditahan terdiri daripada 10 lelaki dan lima wanita berusia antara 17 hingga 43 tahun.

“Kesemua yang ditahan dibawa ke Pejabat AADK Daerah Kuala Muda untuk menjalani ujian saringan awal air kencing dan hasil keputusan mendapati mereka positif da.dah.

“Tujuh yang ditahan didapati positif da.dah jenis metham..petamine dan mo..rfin manakala lapan lagi positif metham..petamine,” katanya dalam kenyataan media, hari ini.

Menurutnya, mereka disiasat mengikut Seksyen 3 (1) Akta Penagih Da.dah (Rawatan dan Pemulihan) 1983 Pindaan 1998.

“Tujuh individu ditahan direman di lokap Kuala Muda manakala tiga individu dibebaskan dengan jaminan bersyarat.

“Lima wanita yang gagal hadir jamin sebelum ini kemudian dihadapkan di Mahkamah Majistret Sungai Petani mengikut seksyen yang sama,” katanya.

Sumber : HMETRO ONLINE

Be the first to comment on "Lima Orang Janda Ditahan Pihak Polis"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*