Niat Cuma Nak Buat Content Lawak, Nama Influencer Ini Disebut Dalam Sidang Media Menteri Ismail Sabri Dan Ini Bukan ‘Prank’

Pada sidang media hari ini, Ismail Sabri menjawab satu soalan dari pengamal media mengenai terdapat individu seperti influencer yang mempersendakan gelang pink atau tag kuarantin yang dikeluarkan KKM bertujuan untuk praank orang awam, jadi apakah nasihat dan tindakan yang akan diambil terhadap mereka.

“Dia membohongg ye, prankk orang. Dua kesalaahan dia. Yang pertama kalau dia tu betul betul dikuarantin keluar dengan pakai gelang tentu sahaja dia akan dikenakan tindaakan”

“Kalau dia tidak kena kuarantin, pakai gelang. Dia juga meniipu menggunakan bahan yang peralatan dari kementerian kesihatan untuk tindakan tertentu bertujuan tertentu dan tujuan dia ialah meniipu orang ramai, dia pun salah juga melakukan perkara tersebut”

Terserah Pada Pihak Polis

“Jadi, terserah pada pihak polis untuk mengambil tindakan dan saya pun tidak tahu apakah tindakan pihak polis tentang perkara ini, jadi saya harap kita perlu bertanggungjawab. Jangan kita nak jadikan ini bahan mainan, bahan ketawa.

Ini melibatkan isu nyaawa, melibatkan isu yang besar, jadi jangan menggangap perkara yang boleh dibuat lawak, dimain-mainkan kerana kesannya adalah amat besar”

“Jadi saya haraplah semua tidak kira lah sesiapa sahaja, anggap lah C0vid 19 ini satu perkara yang serius dan tidak dianggap perkara yang boleh dimain-mainkan”

Sebelum ini kecoh dengan tindakan seorang makcik dan beberapa individu lain yang selamba keluar makan di tempat awam, sambil memakai gelang merah jambu, yang menunjukkan masih dalam tempoh kuarantin wajib di rumah ketika itu.

Terbaharu, seorang personaliti media sosial mencetuskan kntroversi apabila memuat naik video menunjukkan dia memakai ‘gelang pink’ semasa makan di sebuah restoran.

Walaupun gelang pink yang dipakainya tidak benar, tindakannya itu dikrtik netizen kerana tidak seensitif dengan situasi semasa ekoran pandemik C0vid 19.

Susulan video yang menjadi tular, Instafamouss berkenaan, Chazynash tampil membuat permohonan maaf secara terbuka.

Chazynash atau nama sebenarnya Syed Fernarsh Syed Badlishah menjelaskan bahawa video yang dibuatnya itu sekadar gurauan semata-mata.

“Pertama sekali, saya nak cakap sorry. Saya tak boleh nak salah anda semua jika tidak sependapat seperti saya bahawa video itu sekadar lawak. Saya faham.

Kenyataan Dari Menteri Keselamatan Ismail Sabri (Rujuk Sidang Media Minit 35)

Berdasarkan semakan di akaun Instagram Chazynash, ruangan komen telah ditutup di kedua-dua posting permohonan maaf dan video kntroversi.

Be the first to comment on "Niat Cuma Nak Buat Content Lawak, Nama Influencer Ini Disebut Dalam Sidang Media Menteri Ismail Sabri Dan Ini Bukan ‘Prank’"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*