Gadis Terselamat Dari Kena Hempap Konkrit. Adakah Keluarga Akan Saman Syarikat Pembinaan, Ini Komen Adik Mangsa

Gambar diatas adalah Wan Aqila (mangsa) 

“Kami sekeluarga bersyukur kakak terselamat walaupun keadaan kereta teruk selepas kejadian itu.

Keadaannya juga semakin baik serta dibenarkan keluar dari hospital hari ini,” kata Wan Aziqa Hanen Wan Maliki, 24 adik kepada Wan Aqila Hanen Wan Maliki, 25.

Wan Aqila nyaris m4ut selepas kereta dipandunya dihemp4p kepingan konkrit pembinaan Lebuhraya Bertingkat Sungai Besi-Ulu Kelang (SUKE), di sini, semalam.

Wan Aziqa berkata, kejadian itu menyebabkan kakaknya pat4h tangan kiri dan tulang selangka namun mujur dia tidak mengalami keced3raan teruk.

Mangsa dihempap konkrit patah tangan, tulang selangka

“Ayah yang yang ke lokasi melihat kereta kakak pun berasa bersyukur kerana tempat duduk kakak tidak dihempap dengan konkrit itu.

“Kakak yang menerima rawatan di hospital malam tadi dimasukkan ke wad jam 4 pagi namun semalam emosinya tidak stabil,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Menurutnya, hari ini keadaannya sedikit baik namun keluarga masih bimbang dan akan memindahkannya ke hospital swasta selepas dibenarkan keluar dari Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM) hari ini.

“Kami ada bertanya kepada kakak bagaimana kejadian itu namun dia sendiri tidak pasti dan hanya sedar apabila ada orang datang menolongnya keluar dari kereta.

“Kami cuma berharap orang ramai mendoakan kakak saya segera sembuh dan soal langkah selanjutnya termasuk tindakan undang-undang itu saya tidak dapat ulas lagi,” katanya.

ADAKAH KELUARGA AKAN SAMAN?

Keadaan semasa lokasi kejadian kepingan konkrit terjatuh daripada struktur binaan lebuh raya itu dan menghempap sebuah kereta petang semalam ketika tinjauan hari ini. FOTO BERNAMA

Mengulas lanjut, Wan Aziqa Hanen berkata ketika ini, ahli keluarga tidak memikirkan soal saman atau tindakan undang-undang terhadap pihak berkaitan sebaliknya memohon doa orang ramai supaya kakaknya cepat sembuh.

“Soal tindakan selanjutnya termasuk tindakan undang-undang itu saya tidak dapat ulas lagi.

“Kami cuma berharap orang ramai mendoakan kakak segera sembuh” katanya.

Harian Metro semalam melaporkan wanita nyaris maut apabila kereta dipandunya dihempap kepingan konkrit.

Kejadian pada 4.30 petang itu tular di media sosial apabila satu video menunjukkan mangsa dibantu keluar daripada kenderaannya oleh orang ramai selepas dihempap konkrit berkenaan.

Video berdurasi 27 saat itu turut menunjukkan konkrit sebesar satu meter persegi yang menghempap bumbung kereta mangsa.

Sumber : HMETRO ONLINE / BHARIAN ONLINE

Klik sini Untuk Claim Free Shipping Shopee https://shp.ee/d5pvxcf

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*