
Baru-baru ini tular mengenai kem4tian Sandra Dianne akibat kemal4ngan.
Berhubungan dengan berita itu, terdapat segelintir warganet memberi komen yang tidak sedap didengar seperti mengatakan Sandra Dianne ‘m4ti katak’ dan ada yang menuduh ibu arw4h ‘sengaja mencabut wayar oksigen pada hari Jumaat’ sebelum Sandra menghembuskan nafas terakhirnya.
Seorang pengguna facebook, Amni Fatnin tampil menceritakan detik akhirnya bersama arw4h Sandra Dianne.
Rasa terpanggil untuk cerita apa sebenarnya yang berlaku di depan mata.
Hari Khamis (10.9.2020), seorang pesakit dari wad icu masuk bilik yang sama dengan saya, katilnya di sebelah depan saya. Wajahnya tenang, bersih, cantik.
Komanya macam tidur. Sesekali nurse datang, doktor datang panggil namanya, ‘Alesandra, Alesandra’. Ada seorang perempuan yang setia menjaga di sisi, pakai mask, susuk badan macam orang muda, jadi pada perkiraan saya itu kakaknya, hakikatnya itu ialah ibu yang sangat sayangkan anak perempuannya.
Doa dan doa, bacaan yasin terus dibacakan. Ada juga sesekali si ibu pasangkan voice note kata semangat, (mungkin dari saudara atau sahabat dekat) di telinga pesakit. Tiada respon dari pesakit kecuali air mata.
Nampak ibunya lap air mata si anak. Bila si ibu turun, naik pula seorang lelaki, bacakan yasin, azankan di telinga pesakit, baca syahadah di telinga pesakit. Pesakit tetap tenang, macam tidur.
Kemudian saya tidur tak sedarkan diri (kesan bius operate di badan masih ada)
Jam 11 malam, nurse kejut untuk makan ubat. Dari sudut langsir yang sedikit terselak, nampak pesakit yang tenang tadi, mula tenat. Doktor, nurse berkumpul, dengan sangat bersungguh cuba selamatkan pesakit.
Dengar tumit kasut si ibu berlari masuk bilik sambil menangis, mintak ditemani, mintak kekuatan. Lepas saya makan ubat, muntah, cucuk jarum dan masuk ubat, saya tidur lagi tak sedarkan diri.
Jam 2 pagi Jumaat (11.9.2020) saya terjaga sekali lagi. Kali ni kerana esakan si ibu. ‘anakku, anakku, oh tuhan, anakku’. Dengar suara lelaki cuba pujuk isterinya, ‘ikhlas , ikhlas, lepaskan’. Mesin pun dah tak bunyi.
Saya panggil nurse untuk papah saya ke toilet. Dari toilet saya nampak jelas jenazahnya. Entah kenapa. Tenang sangat. Macam tidur. Wajahnya putih bersih, macam kapas. Tak ada 1 calar pun di muka, subhanallah, langsung tak macam accident. Kemudian saya tidur lagi tak sedarkan diri, kesan bius belum habis.
Bila saya bangun keesokan pagi, katilnya dah kosong. Jenazahnya dah dibawa turun. Dan bila saya bertanyakan nurse, baru saya tahu dia itu seorang artis, Sandra Dianne. Semoga awak husnul khotimah, Sandra. Sungguh, kem4tianmu disebut, dicemburui. Ramai yang doakan kamu.
Jadi, di manakah kemanusian kamu bila kata ar-wah ‘m4ti katak’, ‘ibu arw4h sengaja memilih untuk cabut oxygen dihari jumaat ‘.
Ibu arw4h lah yang paling terkesan, sedih dan tak bersedia untuk kehilangan anaknya, tak mungkin si ibu yang memilih hari untuk nyawa anaknya dicabut. Dan sebenarnya tak ada pun bantuan oxygen pada arw4h . Yang ada cuma tiub.
Saya cuma cerita apa yang saya nampak, dalam keadaan separa sedar.
Sumber : Amni Fatnin via LobakMerah
Leave a Reply