Kenapa Rakyat Malaysia Pergi Thailand Suka Masuk 7 Eleven. Cikgu Ini Beritahu Sebabnya

7 Eleven dah wujud lama di Malaysia sebelum wujudnya kedai serbaneka 24jam yang lain seperti KKMART.

Walaupun boleh dikatakan 7 Eleven harga makanan dan minuman nya agak mahal di Malaysia tetapi mereka masih boleh bertapak lama berpuluh tahun lamanya dan cawangan di Malaysia makin bertambah.

Dimana sahaja anda pergi, di pekan lama atau di kawasan terpencil sudah pasti ada 7 Eleven.

Kenapa Rakyat Malaysia Melancong Ke Thailand Suka Pergi 7-Eleven

Very Convenient: Thailand now has over 10,000 7-Eleven stores | Coconuts Bangkok

Nukilan ini diambil dari laman page Facebook bernama Cikgu Joe Satun.

Aku masuk 7E Thailand untuk beli roti, kacang, burger dan susu segar saja. Lain-lain barang aku beli kat kedai runcit dan minimart penduduk tempatan.

Sebab utamanya kat kedai runcit masyarakat tempatan, kerana harga lebih murah dan aku dapat menjalin silaturahim dengan depa.

Aku tak nafikan bahawa kalau pelancong Malaysia lebih tumpu ke 7E Thailand. Aku tak salahkan depa.
Mungkin kerana teruja dengan harganya yang lebih murah dan ada “gaya” dalam kehidupan.

Bila masuk 7E terasa macam gaya hidup orang eropah. Macam orang kaya. Nampak macam orang “educated”.

Bagi aku orang kampung, aku rela bantu masyarakat Islam tempatan berniaga. Walaupun nampak bodo piang.

7E ada 68,200 lebih cawangan diseluruh dunia. Fokus niaga depa adalah menyediakan barang keperluan utama dalam 24 jam.

Bab tu di Malaysia 7E laku barangan seperti rokok, bir, topup dan kondom saja. Ada juga barangan lain menjadi pilihan.

Di Indonesia 7E telah menghentikan operasinya pada tahun 2017. Sejarah 7E indonesia bermula tahun 2009 di Jakarta. Pada 2010 telah ada 21 cawangan dan pada tahun 2012 ada 100 cawangan. Tahun berikutnya 2014 ada 190 cawangan.

Namun pada tahun 2015, Kerajaan Indonesia melarang arak dijual di 7E, maka ” sale drop to 24% “, banyak tu.
Bermula dari itu, jualan merosot sehinggalah 2017 7E Indonesia “gulong tikar “.

Sebab Utama :-

1. Arak tidak boleh dijual.

2. Kos operasi 7E sangat tinggi kerana terletak di tempat strategik. 7E menyediakan Wifi percuma dan ruang lepak ( kerusi meja ). Pelanggan hanya datang untuk minum bir, guna wifi dan melepak. Amat jarang membeli barangan lain.

3. Masyarakat Indonesia amat mengutamakan perniagaan warga tempatan.

Serba sedikit tentang 7E. Topik berikutnya Indonesia adalah negara yang memartabatkan Bahasa Melayu dan bukan Tanah Melayu.

Kredit: Cikgu Joe Satun

Artikel By: AwatttSyeikhh Network

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

SILA MINTA KEBENARAN SEBELUM SALIN SEMULA

Be the first to comment on "Kenapa Rakyat Malaysia Pergi Thailand Suka Masuk 7 Eleven. Cikgu Ini Beritahu Sebabnya"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*