Pejabat Agama Datang Sendiri Untuk Lihat Cecair Merah Di Kvbur. Ini Kenyataan Pej Agama Untuk Orang Ramai

ALOR SETAR – Pejabat Agama Daerah Kota Setar tidak dapat mengesahkan punca kejadian pusara dengan cecair merah di Tanah Perkubran Islam di Masjid Al Irfan, Derga yang tular semalam dan menyerahkan perkara itu kepada polis untuk siasatan lanjut.

Pegawai Agama Daerah Kota Setar, Ahmad Faisol Omar yang sudah melakukan tinjauan di lokasi kejadian semalam berkata, perkara tersebut memerlukan siasatan forensik dan meminta orang ramai berhenti membuat pelbagai andaian mengenai kejadian itu.

Perkara Dalam Siasatan

Penduduk gempar 'kubur berdarah' - Kosmo Digital

“Kita tidak tidak dapat membuat sebarang pengesahan berhubung cecair berwarna merah itu dan perkara berkenaan sedang dalam siasatan.

“Orang ramai juga diminta berhenti menularkan video untuk menjaga senstiviti dan perasaan ahli keluarga individu yang sudah mengadap ilahi itu,” katanya ketika ditemui di Masjid Al-Irfan, Derga di sini hari ini.

Malam tadi, Sinar Harian melaporkan sebuah video dengan cecair merah di Tanah Perkuburan Islam di Masjid Al Irfan, Derga, di sini, menjadi tular di laman sosial.

Ramai Yang Datang
Video berdurasi 19 saat itu memaparkan kejadian yang menggemparkan masyarakat setempat sekitar Bandaraya Alor Setar hingga ramai penduduk datang untuk melihat keadaan itu.

Orang awam, Rahmat Ahmad, 50, berkata, dia mendapat maklumat dari beberapa rakannya berhubung situasi tersebut melalui aplikasi WhatsApp.

Katanya, dia yang kebetulannya melalui kawasan terbabit kemudian mengambil keputusan untuk melihat sendiri kejadian tersebut dengan singgah di tempat itu.

“Ketika saya ke tempat tersebut, saya lihat dapati ada beberapa orang awam sudah melawat kawasan yang dikatakan tersebut dan mendapati ada cecair warna merah apabila mendekatinya.

Kali Pertama Melihat

Kubur 'berdarah' ditimbus kembali - kedahgazette.com

“Jadi, saya memang terkejut melihat keadaan itu dengan cecair warna merah dan tanah mendap itu memandangkan kali pertama melihat keadaan seumpama itu” katanya.

Sementara itu,Setiausaha Masjid Al Irfan, Yahya Saad berkata, dia mengetahui kejadian di masjid terbabit selepas dimaklumkan beberapa kakitangan Masjid AL-Irfan.

Yahya berkata, dia yang terkejut dengan berita itu terus ke masjid berkenaan untuk memastikan dan melihat sendiri kejadian yang berlaku di tanah itu.

Beliau berkata, dia mendapati memang ada cecair warna merah seperti ditularkan dalam video, bagaimanapun tidak dapat memastikan samada ia sekadar cecair biasa ataupun tidak.

Bagaimanapun, Yahya berkata,sememangnya terdapat seseorang yang telah dikebum1kan di tanah tersebut kira-kira dua minggu lalu.

Katanya, mereka bertindak menimbus semula tempat berkenaan petang tadi selepas berbincang dengan ahli jawatankuasa demi mengelakkan berlakunya kejadian yang tidak diingini.

“Kami membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Setar, tadi demi membolehkan siasatan lanjut dilakukan pihak bertanggungjawab,”katanya.

Beliau berkata, pihaknya berharap orang awam tidak menularkan video kejadian memandangkan maklumat yang tersebar belum dipastikan kesahihannya.

Sumber Asal : Sinar Harian

Be the first to comment on "Pejabat Agama Datang Sendiri Untuk Lihat Cecair Merah Di Kvbur. Ini Kenyataan Pej Agama Untuk Orang Ramai"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*