Nama Parti Baru Syed Saddiq Diumumkan. Dia Beritahu Walaupun Muda Tapi Bukan Ikut Usia

PUTRAJAYA: Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman menghantar permohonan pendaftaran parti baharu, Ikatan Demokratik Malaysia (Muda Malaysia), pagi tadi.

Beliau yang datang bersama-sama beberapa ahli penaja parti itu, berkata parti baharu itu tidak mempunyai had usia dan bangsa sebaliknya ia mewakili semua lapisan masyarakat dan agama.

Katanya, ia akan dipimpin oleh anak muda dan memfokuskan kepada dasar dan jalan penyelesaian masalah negara sedia ada.

“Muda Malaysia akan dikepalai oleh anak muda daripada segenap lapisan masyarakat… ada ketua pegawai eksekutif, ada guru, doktor, pemimpin masyarakat sivil dan petani muda yang berjaya dalam industri.

“Muda Malaysia tidak boleh dilihat hanya pada faktor umur. Ia lebih kepada fahaman, ideologi, ide4lisme, dasar-dasar yang inklusif, itu yang paling penting,” katanya kepada pemberita selepas menyerahkan permohonan pendaftaran parti di Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (JPPM) di sini, pagi ini.

Pada masa sama, Syed Saddiq berkata, struktur parti itu akan diumumkan dari masa ke semasa.

Sumber : BHARIAN ONLINE

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Klik sini Untuk Claim Free Shipping Shopee https://shp.ee/d5pvxcf

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*