Seronok Main AVATAR Baru Untuk FB. Wanita Ini Jelaskan AVATAR Ada Kaitan Dengan Agama Lain

Warganet hari ini sudah mula ‘demam’ bermain Avatars di Facebook. Rata-rata pengguna media sosial itu ramai yang sudah mencuba dan begitu teruja dengan ciptaan terbaru yang dikeluarkan oleh Facebook itu.

Ciptaan ‘avatars’ ini membolehkan pengguna mengekspresikan diri mereka menjadi kartun dengan lebih realistik. Bukan itu sahaja, pengguna dapat berkongsi ciptaan mereka di bahagian komen, aplikasi Messenger dan lebih menarik boleh diletakkan di Facebook Stories.

Bagaimanapun, seorang wanita bernama ‘Marliya Ramli‘ membuat posting mengenai sejarah ‘Avatars’. Ikuti perkongsian beliau;

How to make your own Facebook avatar | Tom's Guide

“Avatar – (Sanskrit: अवतार, avatāra) dalam agama Hindu bermaksud jelmaan Tuhan di bumi dalam rupa manusia atau mahkluk lain. Selain Tuhan, golongan dewa-dewi dan para Rishi juga dikatakan jelmaan di bumi untuk sesuatu tujuan tertentu.

Konsep Avatara ini mungkin telah dibayangkan dalam Rig Veda di mana Indra dikatakan mempunyai kesaktian luar biasa untuk mengambil apa-apa rupa.

Beberapa Avatara yang disenaraikan sebagai Dasavatara (Sepuluh Avatara) juga ditemui dalam kesusasteraan Vedik awal. Satapatha Brahmana menyebut tentang Kurma, Matsya, Varaha dan Vamana Avatara.

Doktrin Avatara telah julung kali dihuraikan oleh Sri Krishna dalam Bhagavad Gita. Menurut doktrin Avatara, Tuhan lahir atau menjelma di bumi untuk menyelamatkan dunia dari kehancuran dan kejahatan, menegakkan dharma dan menyelamatkan orang-orang yang melaksanakan Dharma/Kebenaran.

Konsep Avatar merupakan salah satu rukun asas agama Hindu, terutamanya dalam Vedanta dan mazhab Vaishnavisme. Lazimnya, perkataan ‘Avatara’ sering dikaitkan dengan Tuhan Mahavishnu.

Meskipun dalam tradisi-tradisi Vedanta, Vaishnavisme dan Saktaisme, Tuhan Siva dipercayai telah menjelma dalam beberapa rupa tertentu mazhab Saivisme tidak menerima konsep Avatara Siva.”

Menurutnya, dia mengambil sumber itu daripada ‘Wikipedia’. Bincangkan

Sumber : OHINFOKINI

Be the first to comment on "Seronok Main AVATAR Baru Untuk FB. Wanita Ini Jelaskan AVATAR Ada Kaitan Dengan Agama Lain"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*