
Cameron Highlands: Pelakon Nora Danish, 38, berdepan detik cemas apabila kenderaan dinaikinya terperangkap selama satu jam dalam kejadian tanah runtuh di Jalan Tapah – Cameron Highlands, hari ini.
Nora dalam satu hantaran di Instagram berkata, dia dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Cameron Highands bagi menjayakan penggambaran sebelum terkandas di kawasan runtuhan itu kira-kira jam 8 pagi.
Menurutnya, mereka cuba mencari jalan alternatif lain untuk meneruskan perjalanan namun, malangnya laluan di Simpang Pulai turut terjejas kerana tanah runtuh.
Kemudian, mereka berpatah balik ke laluan sebelum itu.
“Pokok lain pula jatuh di sini dan kami terperangkap di tengah-tengah (jalan). Kemudian kami cuba melalui jalan tadi. Lega apabila Angkatan Pertahanan Awam Malaysia selamatkan keadaan,” katanya menerusi Instagram Story.
Dalam pada itu, pelakon Syurga Yang Tak Dirindukan itu bersyukur apabila selamat sampai ke lokasi penggambaran terbabit.
Pelakon itu turut berpesan kepada sesiapa yang bercadang menggunakan laluan itu agar mengelak daripada berbuat demikian.
Menurutnya, kawasan terbabit sedikit sukar dan berbahaya.
“Musim-musim hujan begini, dinasihatkan jangan ikut laluan Tapah, bahaya. Capaian Internet susah, jalan sempit, pokok-pokok besar dan gaung lagi,” katanya.
Sumber : HMETRO ONLINE
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!
PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.
Leave a Reply