Mereka Jumpa Banyak Ikan Patin Selepas Surutnya Banjir Di Kuala Lumpur Tapi Sanggupkah Anda

Baru-baru ini negara digemparkan dengan banjir kilat sekitar ibu kota Kuala Lumpur. Ramai yang terperangkap tidak dapat pulang dari kerja gara-gara hujan lebat di petang hari yang seterusnya menyebabkan banjir.

Walaubagaimanapun, kerja-kerja pembersihan sedang giat dan dijalankan sebaik sahaja air mulai surut. Selain sampah-sarap, terdapat juga ikan-ikan yang turut hanyut Ketika pembersihan sedang dijalankan. Menerusi akaun Twitter @anthraxxx, kita dapat lihat pekerja pembersihan menangkap ikan yang hanyut selepas berlakunya banjir di ibu kota.

Hanyut dari mana tu?

Rata-rata netizen termasuk admin sendiri tertanya-tanya dari mana datangnya ikan patin dan ikan keli sampai ke tengah KL sana tu. Takpe lah kalau jumpa kat tengah KL ni admin bagi free je lah kat orang lain. Tak lalu admin nak makan. 

Ohh yeke.. baru tahu. Ingatkan ada sangkar pecah sebab banjir ke apa tadi. Tapi kalau dari Sungai Gombak dan Sungai Klang takpe lah. Tak selera nak makan. 

Kalau tahan pukat mesti dapat banyak. Bukan setakat ikan patin je, mungkin ikan-ikan lain pun dapat sekali. Boleh lah buat kenduri ikan sungai.

Betul, besar-besar, debab-debab semua ikan tu. Yang ambik bawak balik tu kira rezeki lah kan. Bukan selalu dapat makan ikan besar gedabak macam tu kan.

Sumber : Lobak Merah

Be the first to comment on "Mereka Jumpa Banyak Ikan Patin Selepas Surutnya Banjir Di Kuala Lumpur Tapi Sanggupkah Anda"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*