Sharifah Amani Teruja Dapat Jumpa Dengan Syed Saddiq. Sebab Kenapa Mereka Bertemu Didedahkan

Bertahun juga pelakon terkenal Sharifah Amani menunggu peluang untuk bertemu empat mata dengan bekas Menteri Belia Dan Sukan, YB Syed Saddiq. Hanya baru-baru ini pertemuan tersebut dapat dilaksanakan dan dikongsi Amani dan Syed Saddiq di Instagram masing-masing.

Pertemuan tersebut lebih kepada perbincangan dan perkongsian idea untuk anak-anak muda pada masa hadapan.

Malah, dalam satu temu bual bersama Amani tidak berapa lama dahulu, dia sering membangkitkan isu-isu mengenai masa depan para pelakon, pekerja-pekerja di belakang tabir daripada penyedia makanan hinggalah kepada pengarah drama atau filem.

Paling penting untuk Amani adalah supaya industri seni di Malaysia mempunyai kesatuannya sendiri bagi menjaga kebajikan pekerja-pekerja seni seperti yang diwujudkan di Korea Selatan mahupun di Amerika Syarikat.

Pertemuannya bersama dengan YB Syed Saddiq juga merupakan perbualan dan perbincangan yang mahukan anak-anak muda memperjuangkan banyak perkara demi masa depan Malaysia yang tercinta.

“Akhirnya dapat berjumpa. Tuan Syed dan Cik Sharifah. I always feel uplifted after speaking to young people.

Focused, driven, informed, educated, exposed and inspiring. We will be okay if they are our future. Terima kasih orang #MUDA Teruskan perjuangan mu. We are with you! Semoga dipermudahkan segalanya,” tulis Sharifah Amani di Instagram miliknya tanda puas hati.

Pada masa yang sama, Syed Saddiq juga memuji dan turut dapat merasakan semangat Amani yang inginkan sesuatu yang lebih baik buat rakyat Malaysia secara khasnya dan negara Malaysia secara amnya.

SYED SADDIQ PUJI

“So much passion & energy for the betterment of all Malaysians. I enjoyed listening to Sharifah Amani’s advise & thoughts on moving Malaysia forward.

“Malaysia milik kita semua. Yang MUDA & yang berusia. Yang Melayu, yang cina, yang india, yang iban, yang Kadazan (dll), Yang Muslim, yang Kristian, yang Hindu, yang Buddha (dll). Ini Malaysia, tanah tercinta kita semua. Orang MUDA, let’s unite for a better Malaysia,” tulis Syed Saddiq di Instagram miliknya.

Ramai artis-artis tempatan yang ternyata gembira dengan pertemuan antara Sharifah Amani dan YB Syed Saddiq itu dan masing-masing meninggalkan komen mereka di ruangan komen Instagram Sharifah Amani.

Komen Netizen

Sharifah Amani yang lahir dari keluarga seni Syed Zainal Rashid Al Yahya dan Fatimah Abu Bakar turut mempunyai adik beradik yang berada di dalam bidang seni seperti Sharifah Aleya, Sharifah Alesya dan Sharifah Aryana.

Sumber : GEMPAK

Be the first to comment on "Sharifah Amani Teruja Dapat Jumpa Dengan Syed Saddiq. Sebab Kenapa Mereka Bertemu Didedahkan"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*