Rakyat Tengah Sengsara Tiada Air, Isteri Menteri Besar Selangor Dikatakan Dapat Layanan Istimewa Lori Air Selangor Datang Rumah. Ini Komen Isteri MB

Meskipun paip air yang kering sudah mula mengalir di Selangor, warganet yang sememangnya tidak gembira nampaknya bertambah bengang selepas mengetahui terdapat VIP yang didakwa mendapat layanan istimewa.

Antara layanan yang diterima VIP terbabit merupakan air dalam tangki yang dihantar terus ke rumah.

Antara VIP tersebut adalah Menteri Besar Amirudin Shari dan keluarganya. Terdapat juga dakwaan beberapa menteri persekutuan yang menerima layanan sama.

Tidak seperti rakyat Selangor yang terpaksa membeli air botol atau menunggu mendapatkan air, beberapa posting Instagram isteri Amiruddin Masdiana Muhammad telah tular.

Antaranya memaparkan tangki Air Selangor di depan rumahnya.

“Terima kasih Air Selangor kerana menghantar air”

“Saya faham anda merupakan petugas barisan hadapan sekarang. Semoga Allah memberkati,” kata Masdiana pada keterangan gambar tersebut.

Terdapat lagi tangkapan skrin dari Instagram Masdiana semalam yang menunjukkan anaknya tengah berenang dalam kolam peribadi dengan kapsyen “bila air takde”.

Warganet yang meninggalkan komen pada gambar Masdiana pula bertukar berkongsi gambar mereka yang beratur di tepi jalan untuk mendapatkan air dari paip awam atau lori tangki air.

Isteri MB Selangor minta maaf, lori Air Selangor bukan untuk kolam renang

Isteri MB Selangor minta maaf, lori Air Selangor bukan untuk kolam renang

Isteri Menteri Besar Selangor, Datin Seri Masdiana Muhamad pada Ahad tampil memohon maaf secara terbuka selepas tindakannya memuat naik beberapa keping gambar di media sosialnya berhubung isu air menimbulkan pelbagai reaksi negatif banyak pihak.

Masdiana dalam masa sama, turut menafikan dakwaan konnnya lori tangki air Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd yang ada di kediamannya itu untuk memenuhkan kolam renang.

“Saya menyedari kekhilafan di pihak saya untuk memuat naik gambar tersebut yang menimbulkan banyak tafsiran dan dakwaan yang kata lori itu dihantar untuk memenuhkan kolam renang tersebut adalah tidak benar sama sekali.

“Sebagai seorang ibu saya cuma ingin menyampaikan rasa berterima kasih kepada petugas barisan hadapan Air Selangor yang bertungkus -umus sejak beberapa hari lepas, bukannya niat untuk bermegah-megah.

“Saya memohon maaf sekiranya tindakan tersebut mendatangkan sebarang bentuk salah tafsir dan mengguris perasaan mana-mana pihak,” katanya menerusi hantaran di akaun Facebooknya pada Ahad.

Menurut Masdiana, beliau sendiri secara peribadi akan turun bersama petugas barisan hadapan Air Selangor untuk membantu penduduk di kawasan yang belum menerima bekalan air, terutamanya golongan ibu tunggal dan warga emas.

Terdahulu, Masdiana dikecam kerana memuat naik beberapa keping gambar di kediaman rasmi Menteri Besar yang memperlihatkan kolam renang dan lori tangki air sehingga menimbulkan pelbagai spekulasi.
Hantaran yang dimuat naik dalam akaun media sosial Instagram miliknya itu bagaimanapun telah dipadam dan akaunnya pula deactivated.

Ini berikutan masalah gangguan bekalan air yang dihadapi rakyat negeri itu berpunca daripada pencemaran air di Sungai Gong, Rawang, Khamis lalu.

Sumber : Malaysia KINI / ASTRO AWANI

Klik sini Untuk Claim Free Shipping Shopee https://shp.ee/d5pvxcf

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*