Gemuk Takpe Janji Pakwe Kaya Raya. Kata Kata Atikah Suhaime Memang Win

Pelakon Atikah Suhaime menerima kritikan daripada netizen selepas memuat naik sebuah video yang memaparkan bentuk badannya yang kelihatan agak buncit di Instagram.

Bahkan, disebabkan keadaan perutnya yang kelihatan berisi itu juga, terdapat netizen yang mempersoalkan sama ada dirinya berbadan dua.

“Adakah awak mengandung?

“Haah, lama perasan, macam ada isi, tak ada bentuk,” tulis sebahagian netizen.

Komen tersebut kemudian mendapat perhatian Atikah Suhaime yang kemudian mengakui akan kekurangan bentuk badannya.

“Bagaimana saya boleh (mengandung)? Saya hanya gemuk dan buncit.” jawabnya.

View this post on Instagram

@dashresortlangkawi ♥️

A post shared by Atikah Suhaime 🇮🇩🇸🇬🇲🇾 (@therealatikahsuhaime) on

Menurut Atikah, dia akui komen-komen negatif tersebut yang mengkritik dirinya sedikit sebanyak turut mengganggu emosinya.

“Tiba-tiba pagi ni saya emosional. Saya ada perasan. Perempuan kalau orang cakap gemuk, mesti rasa down.

“Ya, saya buncit gemuk. Nantilah saya bersenam,” katanya.

Pada masa sama, katanya, dia tidak menjadikan isu fizikal luaran sebagai perkara penting yang perlu diambil pusing.

“Tak apalah saya gemuk dan buncit, janji hati saya bersih ikhlas dan boy friend (teman lelaki) saya kaya. Alhamdulillah, syukurlah,” luahnya menerusi satu entri di Insta Story miliknya.

Difahamkan, Atikah kini sedang bercuti di Langkawi bersama teman lelakinya, Datuk Lokman Teh.

Sumber : GEMPAK

Apa Kata Anda? Dah Baca Jangan Lupa Komen Yang Baik-Baik Sahaja Dan Jangan Lupa Share Ya. Terima Kasih

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab Iangsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan yang anda berfikir dua kali terlebih dahulu sebelum meninggaIkan komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiriTerima kasih!

Be the first to comment on "Gemuk Takpe Janji Pakwe Kaya Raya. Kata Kata Atikah Suhaime Memang Win"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*