Tak Sampai Sehari Jadi Hero, Lelaki MBJB Ini Terima Satu Hadiah Istimewa Ketika Sedang Berniaga Burger

PENGUAT kuasa Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB) yang menerkam peragut dalam kejadian ragut di Taman Mount Austin semalam, dihadiahkan jam tangan oleh orang awam.

Shazrin Hafeez Fadzlan, 26, berkata, pemberian itu diterimanya malam tadi, ketika berniaga burger secara sambilan di Taman Anggerik di Johor Jaya.

Katanya, dia tidak menyangka pelanggan yang pada mulanya membeli burger tiba-tiba menghulurkan jam tangan berjenama itu.

“Saya terharu dengan pemberian berkenaan. Pelanggan lelaki itu pada mulanya menempah burger.

Shazrin Hafeez terima jam tangan daripada oramg awam.

“Dia kemudiannya menghulurkan jam tangan itu sambil berterima kasih kepada saya kerana membantu mangsa ragut,” katanya dihubungi hari ini.

Bagaimanapun, Shazrin Hafeez tidak pasti sama ada lelaki itu ada kaitan dengan mangsa ragut berkenaan atau sebaliknya.

“Jam tangan ini akan saya simpan sebagai tanda kenangan. Saya tidak sangka ada yang hargai tindakan saya itu.

“Saya berusaha menahan peragut itu atas dasar tanggungjawab,” katanya.

Tindakan Shazrin Hafeez yang dirakam membantu menahan peragut terbabit turut mendapat pujian polis.

Terdahulu, video berkaitan kejadian tular di media sosial. Ia memaparkan tindakan pantas Shazrin Hafeez menahan peragut bermotosikal yang meragut bag tangan seorang wanita di Taman Mount Austin.

Sumber : HMETRO ONLINE

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Be the first to comment on "Tak Sampai Sehari Jadi Hero, Lelaki MBJB Ini Terima Satu Hadiah Istimewa Ketika Sedang Berniaga Burger"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*