Gambar Detik Mira Filzah Sah Menjadi Isteri. Memang Lawa Habis Mira

Akhirnya, teka-teki mengenai pernikahan Mira Filzah dengan Wan Emir Astar, anak kepada Timbalan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Tugas-Tugas Khas), Datin Mastura Mohd Yazid terjawab apabila pelakon itu mengesahkan mereka bakal diijabkabul di Sime Darby Convention Centre, Kuala Lumpur, malam ini.

Mira Filzah berkata, pernikahan yang sepatutnya berlangsung pada Oktober depan itu dipercepatkan berikutan kakak sulungnya yang menetap di New York, Amerika Syarikat tidak dapat berada di sini untuk tempoh yang panjang.

Saya dan Emir memang merancang untuk bernikah Oktober depan.

Namun, disebabkan kakak tidak boleh berulang-alik dengan kerap kerana terpaksa menjalani tempoh kuarantin selama 14 hari, jadi saya ambil keputusan mempercepatkan tarikh pernikahan, manakala adik bongsu pula terpaksa menunda sedikit pernikahannya supaya kakak boleh menyaksikan hari bahagia kami berdua,” katanya.

Mira berkata, selain majlis pernikahan hari ini, dia bakal mengadakan dua lagi majlis resepsi di Le Meridien, Putrajaya, esok dan A-Park, Puchong, Ahad ini.

Ketiga-tiga majlis ini saya keluarkan bajet sendiri kerana tidak mahu bergantung dengan tajaan selain memberi kepuasan berbeza. Jujur saya rasa lebih berbaloi keluarkan wang sendiri kerana saya boleh berkongsi idea dan tema yang diimpikan untuk majlis perkahwinan sekali dalam seumur hidup ini,” katanya.

Sekitar Gambar Majlis Akad Nikah

Sebelum bergelar isteri, Mira Filzah mohon maaf kepada sesiapa pernah terluka dengannya – “Saya mahu mulakan dengan hati yang bersih”

Mira atau nama sebenarnya Nur Amirah Filzah Badioezaman, 27, menerusi Instagram iaitu beberapa jam sebelum diijab kabul dengan jejaka pilihan hatinya Wan Emir Wan Astar ini berkata, dia mahu memasuki alam perkahwinan dengan hati yang bersih dan tenang.

“Assalamualaikum. Bismillahirrahmanirrahim. InshaAllah malam ini Mira akan bernikah. Di sini Mira ingin mengambil kesempatan untuk meminta maaf pada sesiapa sahaja jika ada yang terluka, terkasar bahasa, tersilap kata dan sebagainya, andai ada yang tidak suka atau berasa tidak senang pada Mira.

“Mira minta maaf. InshaAllah I’ll be entering a new phase of life tonight, Mira nak mulakan dengan hati yang bersih dan tenang, dan Mira mengharapkan doa daripada kalian agar majlis majlis ini berjalan dengan lancar dan dipermudahkan, ” ujarnya.

Tahniah diucapkan pada mira filzah dan pasangan wan emir.

Sumber : TV3 Malaysia

Be the first to comment on "Gambar Detik Mira Filzah Sah Menjadi Isteri. Memang Lawa Habis Mira"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*