
Pengacara Nabil Mahir berkongsi sekeping foto bersama tunangnya, penyanyi Ayda Jebat sempena Hari Kemerdekaan yang ke-63.
Perkongsian itu dibuat menerusi sebuah entri di akaun Instagram miliknya.
Nabil sempat meluahkan rasa syukur dan gembira bergelar anak Malaysia dan pada masa yang sama, dia juga berterima kasih kepada mereka yang telah berkorban demi negara tercinta.
“Happy 63rd Merdeka Malaysia! Terima kasih kepada semua yang telah berkorban demi Malaysia dan keamanan yang dikecapi.
“Kita sangat bertuah menjadi rakyat Malaysia,” tulisnya sebagai kapsyen.
Menjengah ruangan komen, lain pula jadinya apabila terdapat segelintir wargamaya yang mengkritik tindakan Nabil dan Ayda berpelukan dalam foto yang dikongsi itu.
Ada antara mereka yang mengingatkan pasangan selebriti itu tentang hukum berbuat demikian.
BELUM HALAL TAPI GAYA MACAM DAH DIHALALKAN – Netizen
NABIL AMBIL KEPUTUSAN BERDIAM DIRI TANPA APA APA RESPOND
Walaubagaimanapun, Nabil bertindak untuk mendiamkan diri tanpa membalas ‘serangan’ komen tersebut.
Terdahulu, Nabil melamar pelantun lagu Temberang itu pada sambutan hari lahirnya yang ke-28 pada 17 Mac lalu.
Nabil dan Ayda kemudiannya melangsungkan pertunangan pada 28 April lalu bersempena hari lahir Nabil yang ke-32.
Sumber : GEMPAK
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!
PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.
Leave a Reply