Ketika Ayah Pengantin Perempuan Sedangkan Lafazkan Akad Nikah, Tiba Tiba Dia Berhenti

BENARLAH kata pepatah ‘kasih ibu membawa ke syurga, kasih ayah sepanjang masa’.

Begitulah kasih seorang bapa sehingga menitiskan air mata ketika menjadi wali kepada anak perempuannya dalam satu majlis nikah baru-baru ini.

Video ijab kabul Yasmin Sofia Abdul Aziz dan pasangannya Mohamad Firdaus Jamil menjadi tular sehingga menerima 12,400 ulang kicau dan 13,700 tanda suka selepas ia dimuatnaik di Twitter.

Bercakap kepada mStar, Yasmin Sofia berkata dia sendiri terkejut melihat reaksi bapanya, Abdul Aziz Jaafar sewaktu menikahkannya di Masjid Putrajaya pada 2 November lalu.

“Bila papa start lafaz, saya tenang. Tapi saat papa berhenti saya tahu ada sesuatu tidak kena.

“Saya tak tahu papa akan menangis sebab papa jenis susah keluar air mata. Mengenali papa dia seorang yang sangat tegas, garang dan kuat.

“Papa tak beritahu dia sayang anak-anaknya tapi tindakannya itu membuktikan kasih sayang dia kepada kami,” katanya.

Malah anak sulung daripada tiga beradik itu mengakui dia turut sebak melihat reaksi bapanya itu yang agak lama terhenti lafaznya ketika majlis sedang berlangsung.

“Sebelum nikah saya tak sempat jumpa mama papa sampailah dekat masjid barulah dapat jumpa mereka.

“Saya memang dah tahu papa nak jadi wali dan dah get ready mentally yang semuanya akan berjalan lancar. Insya-Allah.

“Tapi bila tengok papa menangis, saya sebak. Sebenarnya saya pun ikut menangis di belakang waktu tu,” katanya.

Yasmin bersama ibu dan bapanya.

Jelas wanita berusia 27 tahun itu, dia tahu bapanya berat hati mahu melepaskan dirinya yang juga anak sulung dalam keluarganya.

“Saya memang rapat dengan papa dari kecil. That’s why clingy mengada dengan papa.

Time papa jumpa husband first time sebelum merisik dia ada beritahu andai kata semua berjalan dengan lancar, uncle nak beritahu satu perkara.

“Papa kata if lepas kahwin ada yang tak suka dengan anak uncle, macam mana uncle bagi dia dekat awak, pulangkan dia balik secara baik.

“Kata-kata itu buat saya sebak sebab dia betul-betul nakkan yang terbaik untuk anak dia,” katanya.

Mengenai video yang tular itu, Yasmin berkata dia sekadar berkongsi momen tersebut di Twitternya untuk dijadikan kenangan.

“Sejujurnya saya kongsi video tu nak simpan untuk kenangan buat tunjuk dekat anak-anak pada masa hadapan.

Yasmin tidak menduga video perkongsiannya itu menjadi tular.

“Tapi tak sangka tiba-tiba blow up. Ramai netizen share pengalaman masing-masing. Ada juga yang sedih dan menangis sebab teringat arwah bapa mereka.

“Saya turut sedih dan terharu baca segala doa dan cerita mereka,” katanya.

Dalam pada itu, rata-rata pelayar Twitter sebak melihat detik penuh menghibakan itu.

“Allahu aku pulak yang menangis. Teringat masa nikah haritu. Abah tak ada peneman di sisi untuk halalkan anak perempuan dia. Rindu sangat dekat abah. Al-Fatihah abah,” tulis @Norizaza.

“Untungnya you sis, you have your papa during your nikah. My dad passes away 2 month before my wedding. Arwah pesan siap-siap kat ‘kakak, maybe ayah dah tak keluar dah dari sini (dia warded, that time) tak pe, no worries abang ada untuk nikahkan kakak nanti’ – seriously I ingat dia bergurau,” tulis @khldenne.

Smber : MSTAR ONLINE

Be the first to comment on "Ketika Ayah Pengantin Perempuan Sedangkan Lafazkan Akad Nikah, Tiba Tiba Dia Berhenti"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*