Pengetua Sekolah Nasihat Pelajar Dengan Guna Daun Terup. Memang Lain Macam

Guru besar atau pengetua sekolah memang disifatkan sebagai seorang yang tegas dan garang. Sudah tentu ramai pelajar gerun apabila berdepan dengan mereka.

Tetapi lain pula pengetua di sekolah SMK Dato’ Ali Haji Ahmad di Pontian ini. Seperti video yang dikongsikan melalui Facebook Madihah Mohamed memperlihatkan telatah dan teguran santai dari seorang pengetua kepada pelajarnya di perhimpunan sekolah. Memang sempoi habislah!

‘Jangan hina keburukan seseorang’

Video berdurasi 7:26 minit ini memperlihatkan seorang pengetus sekolah di SMK Dato’ Ali Haji Ahmad, Pontian, Johor berucap semasa perhimpunan sekolah diadakan. Dalam ucapan itu, beliau memberi teguran mengenai sifat dan teladan baik yang perlu dicontohi pelajar.

Apa yang menarik perhatian adalah apabila beliau menggunakan daun terup sebagai contoh mengenai tingkah laku pelajar ‘nakal’ kepada seorang pelajar yang baik.

Bukan itu saja, malah pelajar juga senang mendengar ucapan yang disampaikan pengetua itu di perhimpunan.

Dia juga menanyakan soalan kepada pelajar mengenai ringkasan terhadap kad daun terup yang telah diutarakannya. Pelajar yang sukarelawan naik ke pentas dan menjawab turut mendapat ganjaran berbentuk wang.

Contoh pengetua terbaik

Rata-rata pengguna media sosial memuji cara pengetua ini berucap di hadapan pelajar dan guru yang lain. Ramai mengakui bahawa pengetua di sekolah ini layak menjadi guru terbaik kerana pemikiran dan kepetahan apabila bercakap.

Sementara itu, ada juga bekas pelajar mengimbas kembali kenangan semasa pernah belajar di sekolah berkenaan. Ada juga yang merindui setiap memori ketika zaman persekolahan.

Sumber: Madihah Mohamed via Oh Bulan

Be the first to comment on "Pengetua Sekolah Nasihat Pelajar Dengan Guna Daun Terup. Memang Lain Macam"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*