Netizen Kata Man Rajalawak Terlalu Kurus Sampai Ada Penyakit. Dia Tampil Beritahu Cerita Sebenar

PELAWAK dan pelakon, Man Raja Lawak yang sudah berjaya menurunkan berat badannya sebanyak 30 kilogram kini terpaksa berhadapan dakwaan segelintir warganet yang mengatakan dia nampak tua, seperti orang sakit dan kelihatan kurang sihat.

Menurut Man atau nama sebenarnya Abdul Rahman Kasim, 43, lebih hebat lagi dia turut didakwa melakukan pembedahan gastroplasty atau membuang perut untuk kurus.

“Saya memang tak pernah buat apa-apa pembedahan di perut pun untuk kurus dan hanya mengamalkan minum produk kesihatan berperasa koko yang dijual itu selama tiga bulan.

“Kalau nak buat pembedahan, mestilah kena jumpa doktor dan ketika saya amalkan minuman koko itu, negara melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pada Mac lalu akibat Cov-19.

“Malah, kawasan perumahan saya di Selayang ini pun ketika itu dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketat (PKPD) lebih dua minggu, tak boleh keluar kerana dipenuhi kawat dawai.

TIADA PENYAKIT

MAN Raja Lawak.

“Jadi, bila masanya saya pergi buat bedah perut seperti didakwa. Bukan itu saja, saya juga dikatakan kurus sangat sekarang kerana mengalami masalah kencing manis teruk,” katanya kepada Harian Metro.

Menurut Man, hingga kini dia bersyukur dirinya dikurniakan kesihatan yang baik. Katanya, dia juga sudah melakukan pemeriksaaan kesihatan dengan doktor dan disahkan tidak mengalami sebarang masalah kesihatan termasuk kencing manis.

“Apapun, Saya anggap segala yang dilalui kini sebagai ujian ada pihak cuba nak jatuhkan perniagaan produk minuman kesihatan dijalankan itu. Namun, saya tak gentar.

“Bagi saya, cabang rezeki Allah itu sangat luas. Jangan cepat kecewa dengan dakwaan orang dan teruskan saja apa yang sudah saya usaha selama ini buat menyara keluarga,” katanya.

Man ,sebelum ini berhadaoan masalah berat badan melebihi 90 kilogram. Namun, pada awal Jun lalu , dia berkongsi kejayaannya memiliki berat badan 68 kilogram daripada 98 kilogram, selepas dia mengamalkan produk minuman kesihatan berperisa koko selama tiga bulan.

Selain itu, baru-baru ini, Man juga dikaitkan menipu wang sumbangan yang ingin diagihkannya kepada orang ramai menerusi sebahagian duit kemenangan diperoleh dalam pertandingan Maharaja Lawak Mega, tahun lalu bersama kumpulan Puteh.

Sumber : HMETRO ONLINE

Be the first to comment on "Netizen Kata Man Rajalawak Terlalu Kurus Sampai Ada Penyakit. Dia Tampil Beritahu Cerita Sebenar"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*