
Sejak dua hari lalu, nama anak kepada pelakon Azhar Sulaiman, Kasih Iris Leona hangat menjadi perbualan netizen.
Malah, nama remaja itu juga trending di Twitter selepas mendapat teguran kerap beraksi di TikTok termasuk video yang dirakam ketika berada dalam kelas di kolejnya.
Ekoran itu, Gempak telah menemu bual Leona untuk mendapatkan sedikit komen.
“Saya tak begitu terkesan dengan kejadian sebegitu, tetapi saya harap orang akan berhenti cakap pasal saya selepas ini.
“Orang selalu meninggalkan macam-macam komen mengenai saya di media sosial, tak kira apa yang saya lakukan, saya rasa segelintir netizen akan masih ‘menyerang’ saya.
“Tiada apa lagi yang saya boleh buat, saya tak boleh kawal perkara sebegini,” katanya kepada Gempak.
Leona berkata demikian ketika ditemui di Laun-Jink Party di Black Box MAPKL, Publika semalam.
Tambah Leona, dia tahu membahagikan masa untuk belajar dan merakam video TikTok.
Leona juga menegaskan video ketika berada di dalam kelas itu dirakam setelah proses pembelajaran berakhir.
“Mungkin ada pihak menyangka saya buat video TikTok setiap masa, tetapi saya pergi ke kolej untuk belajar.
“Video-video TikTok yang saya kongsi itu dirakam ketika waktu lapang atau selepas kelas tamat,” tuturnya menutup bicara.
Anak Dikecam Rakam TikTok Dalam Kelas, Azhar Sulaiman Tampil Respon
Anak kepada pelakon Azhar Sulaiman, Kasih Iris Leona dikecam gara-gara merakam dirinya dari aplikasi TikTok ketika berada di dalam kelas dalam sebuah institusi pengajiannya.
Malah nama Leona terus trending di Twitter semalam selepas mendapat teguran selepas kerap beraksi di TikTok.
Ciapan yang ditulis seorang pengguna Twitter mendapat perhatian ramai sekaligus dikongsi lebih daripada 4,000 dan tidak kurang yang meninggalkan komen.
“Anak Azhar Sulaiman doing TikTok all the time, everywhere, even in a class…and I be like – girl can you just be normal one? (Anak Azhar Sulaiman buat TikTok setiap masa, di mana jua, malah di dalam kelas juga…dan saya seperti – adik, boleh tak jadi orang normal?)” tulisnya.
Pun begitu, Leona tidak berdiam diri malah tampi memberi penjelasan.
“Semua TikTok yang anda lihat itu, dilakukan ketika masa lapang, tidak pun ia sebelum atau selepas pengajian. Kenapa saya nak buat TikTok jika ia buat rakan kelas dan guru tidak selesa . Walaupun mereka tidak kisah malah biasanya akan menyertai bersama,” jelasnya.
Dalam pada ramai yang kecam, terdapat juga yang turut menyokong Leona.
Azhar tidak mendiamkan diri, menerusi akaun Instagram miliknya pula, dia tampil memohon maaf.
“Salam Semua…..
“Dengar cerita kat Twitter harini sibuk betul pasal anak saya Leona sampai nama Azhar Sulaiman kena petik.
“Komen Mami (Azhar), How I wish my dotter Leona is like me…..Play safe selalu dengan public!
“Apapun kepada semua yang terguris hati dgn perangai anak saya ni…. Mami dengan rendah hati mohon maaflah dengan you uollss semua ok…Peace K!,” responnya.
Leona pada Mac lalu turut hangat diperkatakan apabila dia dan kembarnya Andika Rees Pahamin berjaya meraih pencapaian terbaik dalam SPM 2019.
https://www.instagram.com/p/CEZBrh8hfr4/?utm_source=ig_embed
Sumber : GEMPAK
https://www.instagram.com/p/CEbcwmSgckJ/
Leave a Reply