Kecoh Bila Warga Emas Ini Tidak Dibenarkan Mengundi Di PRK Slim. Rupanya Ini Sebabnya

SLIM RIVER – Gara-gara memakai seluar pendek, beberapa pengundi warga emas tidak dibenarkan masuk ke pusat pengundian di Sekolah Kebangsaaan Aminuddin Baki di sini hari ini untuk proses pengundian.

Mereka dihalang masuk oleh pihak polis di pintu sekolah itu keluar dalam keadaan marah dan tidak berpuas hati.

PAKAI SELUAR PENDEK

PENGUNDI-SLIM-001-681x454

Seorang warga emas sempat menjerit sambil berkata dia sudah mengundi sebanyak sembilan kali dan ini kali pertama tidak dibenarkan masuk ke pusat pengundian kerana memakai seluar pendek.

Seorang lagi warga emas yang dikenali Yoong tidak dapat menahan kecewa mengoyak kad pengundi sebelum beredar.

Ejen sebuah parti yang dikenali Wee ditemui turut meluahkan rasa kecewa kerana dianggarkan lebih 10 pengundi telah pulang tanpa mengundi kerana kecewa.

“Mereka semua orang kampung, tak kan mahu pakai cantik-cantik pergi pejabat. Ada yang lepas mengundi mahu terus pergi kerja,” katanya.

Kemudiannya seorang pegawai Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menghampiri mereka mengatakan berlaku salah faham dan pengundi terbabit dibenarkan masuk ke pusat pengundian.

Namun selepas 10 minit insiden itu kelihatan beberapa pengundi yang dihalang masuk kembali dengan memakai seluar panjang.

Sebelum ini, SPR dalam satu kenyataan memaklumkan pihaknya tidak pernah menetapkan etika berpakaian seperti kehadiran ke pejabat bagi pengundi ke pusat pengundian tetapi asalkan ia bersesuaian.

Seksyen 26(1)(g) Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 menetapkan bahawa seseorang pengundi adalah dilarang sama sekali memasuki tempat mengundi jika mereka memakai apa-apa pakaian dan peralatan yang memaparkan nama calon, simbol atau lambang parti politik pada hari mengundi.

Sumber : Malaysia Gazette

Be the first to comment on "Kecoh Bila Warga Emas Ini Tidak Dibenarkan Mengundi Di PRK Slim. Rupanya Ini Sebabnya"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*