Sharifah Sakinah Tidak Mahu Rujuk Kembali. Dia Beritahu Kenapa Dia Rasa Lega Dan Sebab Kenapa Dia Enggan Rujuk Selepas Bercerai

Pelakon Sharifah Sakinah mengakui dirinya enggan merujuk kembali dengan bekas suaminya walaupun hubungan mereka masih baik selepas berpisah.

Menurut Sakinah, 31, buat masa sekarang, dia mahu memberikan ruang kepada diri sendiri selain fokus terhadap anak tunggalnya sahaja.

“Saya tak nak kembali bersama. Saya tidak boleh menjadi isteri yang baik disebabkan masalah ADHD (Gangguan Kurang Daya Tumpuan dan Hiperaktif) yang saya alami.

“Bahkan, saya berasa lega selepas berpisah kerana tiada lagi orang tuduh suami saya dayus akibat perangai saya yang sukar dikawal kerana sukakan perhatian,” katanya kepada Astro Gempak.

Sakinah berkata demikian ketika ditemui pada sidang media pelantikan dirinya sebagai duta Wholly Fitz di Kepong, Kuala Lumpur.

Biarpun begitu, kata Sakinah dia masih lagi cuba menyesuaikan diri dengan kehidupan baharunya sebagai ibu tunggal.

“Saya tengah haru-biru lagi kerana hubungan kami terjalin bukan sehari dua. Tapi, saya cuba yang terbaik.

“Sebab itu saya cuba sibukkan diri dengan penuhkan aktiviti harian dengan ke gimnasium untuk lupakan masalah ini,” katanya.

ANAK PUN DIBERI PADA SUAMI

Sharifah Sakinah Confirms Split After Husband Was Discovered On Tinder

Menurut Sakinah, hak penjagaan anak juga diberikan kepadanya.

“Tapi dia (bekas suami) lebih banyak yang jaga anak sebab saya sibuk dengan penggambaran,” katanya.

Sebelum ini, pada Julai lalu, Sakinah mengesahkan bahawa dia dan Aliff sudah berpisah secara baik pada Mei.

Sakinah mendirikan rumah tangga dengan Aliff yang juga merupakan seorang juruterbang pada 28 Mac 2018.

Hasil perkongsian hidup, pasangan berkenaan dikurniakan seorang cahaya mata, Anais Adha yang kini berusia tiga tahun.

Sumber : GEMPAK

 

Be the first to comment on "Sharifah Sakinah Tidak Mahu Rujuk Kembali. Dia Beritahu Kenapa Dia Rasa Lega Dan Sebab Kenapa Dia Enggan Rujuk Selepas Bercerai"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*