
Hari ini kecoh di media sosial dimana anak kepada bekas Menteri Besar Kedah, Mukhriz Mahathir ditangkap kerana melanggar SOP dengan berkunjung di salah satu pub di Kuala Lumpur.
Bekas Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahathir mengesahkan anak perempuan dan menantunya antara 27 individu ditahan polis dalam serbuan di sebuah pub di Taman Tun Dr Ismail dekat Kuala Lumpur, Ahad lalu.
Mukriz berkata, anak dan menantunya itu dikenakan kompaun RM1,000 mengikut kesalahan dilakukan mereka selepas tidak mematuhi prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP).
“Memang benar anak dan menantu saya dibawa ke balai (polis) bersama dengan 27 orang yang lain atas kesalahan melanggar ‘curfew’ PKPP.
“Mengikut undang-undang berkaitan mereka semua dikompaun RM1,000 dan semua sudah bayar (kompaun) termasuk anak dan menantu saya,” katanya pada sidang media selepas program sepetang bersama Tun Mahathir Mohamad di Pusat Bandar Felda Besout 3, Slim River, hari ini.
Anak Perempuan Mukhriz Mahathir Mempersoalkan Kekayaan Kerabat Diraja Johor
Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim membidas cucu kepada Tun Dr Mahathir yang mempersoalkan harta milik Kesultanan Johor.
Cucu bekas Perdana Menteri Malaysia yang juga merupakan salah seorang anak Mukhriz telah membuat satu hantaran di laman sosial Twitter menyoal tentang dari mana TMJ memperolehi wang yang sering disumbangkan kepada rakyat negeri Johor oleh keluarga Diraja Johor itu.
“Dari mana anda (Tunku) mendapat duit boss?” soal Serena ringkas.
Walau bagaimanapun, ciapan Melia Serena Mukhriz telah ‘menjerat diri sendiri’ kerana persoalannya itu dibidas TMJ dengan menyatakan kekayaan Sultan Johor bermula seawal tahun 1885 lagi, malah turut ‘dinasihati’ netizen.
INI JAWAPAN PADU TMJ
“Alhamdulillah, berkat berniaga sejak 1885, kami dikurniakan dengan rezeki yang melimpah ruah. Malah hadiahkan kerajaan British sebuah pesawat sebelum datuk kamu lahir lagi.
“Sekarang boleh saya tahu bagaimana keluarga anda menjadi begitu kaya? Hanya ingin bertanya kerana saya juga mengimpikan menjadi seorang yang kaya raya seperti keluarga anda. Saya berharap mereka sudi mengajarkan saya,” bidas Tunku Ismail secara sinis.
TMJ turut memuat naik beberapa keping gambar bagi membuktikan ciapannya itu.
Ia bermula apabila TMJ menerusi Instastory menegur pihak-pihak tertentu yang masih gila kuasa padahal semuanya sudah kaya-raya, yang dipercayai ditujukan kepada ahli politik ketika ini.
Mungkin kerana tidak tahan dan tidak mampu menjawab pertanyaan TMJ, Serena hanya menyalahkan tentera siber.
“Cyber troopers at it again,” ciapnya.
Memetik sumber Suara.TV, Majalah Bisnes Forbes Asia menyenaraikan salah seorang anak Mahathir merupakan antara lapan orang Melayu terkaya di Malaysia dengan jumlah harta sebanyak USD308 juta untuk tahun 2020.
Terdahulu, bekas Perdana Menteri keenam, Datuk Seri Najib Razak pernah mendedahkan satu demi satu kontrak yang diperoleh anak-anak Tun Mahathir sewaktu Tun menjadi Perdana Menteri.
Hi,
I am Lesia from MGID, a global native ad network.
I would like to offer you to place our ads on trending.allmhi and reach your company’s monetization goal via:
the highest rates, namely up to $0.5 eCPM;
compatibility with Google AdSense;
a bunch of ad solutions, such as native ads, banners, AMP, etc.;
flexible payment terms;
24/7 support from a personal account manager.
Would you like to continue in WhatsApp for easier communication or e-mailing is more comfortable for you?