
ANGGOTA polis trafik yang menendang seorang penunggang motosikal sehingga terjatuh di Sibu kini diarahkan bertugas di pejabat sementara siasatan dijalankan ke atasnya.
Pesuruhjaya Polis Sarawak Datuk Aidi Ismail berkata, siasatan dijalankan ke atas anggota itu membabitkan pelanggaran tatatertib.
“Sekiranya terbukti anggota trafik itu bertindak di luar batasan peraturan, tindakan tatatertib akan dikenakan terhadapnya.
“Polis Diraja Malaysia (PDRM) Kontinjen Sarawak memandang serius kejadian ini,” katanya dihubungi hari ini.
Menurut Aidi, setakat ini, penunggang motosikal itu juga tidak membuat laporan polis berkaitan kejadian.
Anggota cawangan trafik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sibu itu disiasat susulan video tular yang menunjukkan dia menendang seorang penunggang motosikal sehingga terjatuh.
Kejadian berlaku pada Op Motosikal di Jalan Temple, Sibu jam 12.15 tengah hari, 25 Ogos lalu.
Kejadian dirakam oleh orang awam sebelum ditularkan. Rakaman menunjukkan seorang anggota trafik menendang penunggang motosikal yang membuat pusingan ‘u’ secara tiba-tiba.
Aidi berkata, hasil pemeriksaan mendapati, penunggang terbabit tidak mempunyai lesen memandu selain cukai jalan motosikal sudah tamat tempoh.
“Penunggang motosikal itu juga akan disaman kerana menunggang secara melawan arus selain mengubah suai ekzos,” katanya.
Video berdurasi 15 saat itu menyaksikan penunggang motosikal itu cuba melarikan diri dari pemeriksaan mengejut ‘Op Motosikal’ di Jalan Temple sekitar jam 12.15 tengah hari.
Sumber : HMETRO ONLINE
KOMEN NETIZEN TERHADAP KEJADIAN TERSEBUT
SOKONG ABANG POLIS
Sumber : OH BULAN
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.
PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini.
Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.
Leave a Reply